Description
Bilik Sewa Biasa ( atas kedai ) Nibong Tebal, Penang
Tempat ini sesuai untuk penyewa Melayu Muslim.
Mencari bilik yang berpatutan dengan lokasi strategik?
- Tingkat 2: perempuan sahaja
- Tingkat 3: lelaki sahaja
Kami mengutamakan penyewa yang bertanggungjawab, jaga kebersihan, tidak bising, tidak ada case polis, tidak rokok di dalam bangunan, jaga kemudahan premis dan membayar sewa tepat pada masanya.
____________________________________________________________
1. Harga Sewa Bulanan
Bilik kecil untuk PELAJAR: RM 180 ( 1 orang )
Bilik kecil untuk yang KERJA: RM 230 ( 1 orang )
Bilik sederhana untuk yang KERJA: RM 280 ( ke-atas, 1 orang )
Bilik ada tingkap, harga tak sama. Sila tanya dulu.
Tempoh sewaan minimum: 3 bulan.
Deposit campur satu bulan sewa, mengikut kadar bilik yang dipilih. Kalau bilik RM 230, deposit pun RM 230, jumlah RM 460.
____________________________________________________________
2. Kemudahan
Harga sewa termasuk: Bil elektrik dan air, Kipas, dan Tilam biasa.
2 tandas kongsi. Mesin basuh di tingkat perempuan sahaja.
Tempat letak kereta awam percuma dengan banyak petak.
CCTV 8 biji di luar bangunan.
Peti sejuk dan Wi-Fi ( tidak disediakan )
Masak secara ringan sahaja. Sentiasa jaga dan tutup api.
____________________________________________________________
3. Peraturan sewa bilik
Bagi memastikan semua penyewa dapat tinggal dalam keadaan selesa dan harmoni, peraturan berikut perlu dipatuhi:
* Pastikan bilik dan kawasan bersama sentiasa bersih.
* Hormati ketenteraman dan waktu rehat penyewa lain.
* Jangan rosak perabot, kemudahan atau harta benda premis.
* Dilarang rokok dalam bangunan & tanggung semua jika ada kebakaran.
* Sebarang aktiviti jenayah atau menyalahi undang-undang adalah dilarang.
* Simpan barang mahal dalam bilik dan sentiasa utamakan keselamatan sendiri.
* Dilarang membawa orang luar masuk untuk tidur atau menggunakan kemudahan mandi tanpa kebenaran.
* Sila tunjuk kad pengenalan ( IC ) untuk pendaftaran dan memberikan maklumat yang benar. Penyewa berumur 18 hingga 35 tahun.
* Dilarang ambil atau menyebarkan gambar atau video yang mendedahkan ruang peribadi atau penghuni lain tanpa kebenaran, kecuali jika dibenarkan oleh undang-undang.
* Kehilangan kunci, caj RM10.
____________________________________________________________
4. Deposit, Sewa dan Penamatan
* Sewa bayar tiap-tiap bulan hari Pertama.
* Sewa tetap perlu dibayar walaupun tidak tidur di bilik setiap hari.
* Sila bagi 1 bulan Notis sebelum keluar atau ikut perjanjian sewa bilik.
* Sebelum keluar, penyewa hendaklah bersihkan bilik, pulangkan kunci dan memastikan barang peribadi telah dibawa keluar.
* Deposit akan dipulangkan selepas pemeriksaan bilik dan pengiraan sebarang tunggakan atau potongan yang dibenarkan selesai.
____________________________________________________________
5. Pelanggaran Peraturan
* Penyewa yang bagi maklumat palsu, gagal membayar sewa atau berulang kali melanggar peraturan boleh diberikan notis bertulis mengikut keadaan dan terma perjanjian.
* Bagi pelanggaran serius, pihak pengurusan berhak mengambil tindakan segera atau dalam 24 jam untuk menamatkan sewaan mengikut perjanjian dan undang-undang yang berkenaan.
____________________________________________________________
6. Lokasi Strategik
* 1 minit: Bank, farmasi, kedai telefon, Rapid Penang dan stesen minyak.
* 2 minit: train ETS, 99 Speedmart, MR.DIY, pasar raya dan kedai makan.
* 5 minit: Tol Jawi, C-Mart, kedai motosikal dan kedai runcit.
* 6-10 minit: USM, sekolah vokasional, Kilang Bukit Panchor dan Mydin.
* Masa perjalanan adalah anggaran dan bergantung pada keadaan trafik serta lokasi destinasi.
____________________________________________________________
Minta maaf atas kesusahan dan kerjasama anda amat dihargai untuk sama-sama jaga kebersihan dan keharmonian semua penyewa di sini. Jumpa lagi :)
____________________________________________________________