Mencari Rumah Baru yang Penyayang untuk Kucing Saya 🐱❤️
Saya sedang mencari pemilik baru yang bertanggungjawab dan benar-benar sayangkan kucing kerana saya akan berpindah ke luar negara atas urusan kerja.
Semua kucing saya sudah divaksin, dimandulkan (neutered) dan toilet trained Certificate siap ada. Mereka sangat manja, aktif, suka bermain dan memang kuat makan 😄. Mereka semua dijaga dengan baik, jadi bagi saya mencari rumah dan pemilik yang sesuai lebih penting daripada harga.
Saya mencari pencinta kucing yang betul-betul serius dan sanggup menjaga mereka dengan baik untuk jangka masa panjang. Harap jangan ambil sekadar suka-suka atau untuk sementara sahaja.
Cat lovers memang dialu-alukan! ❤️🐾
Saya juga sanggup kurangkan harga adoption sekiranya anda boleh menunjukkan yang anda benar-benar komited dan mampu memberikan penjagaan, kasih sayang dan rumah yang selamat untuk mereka.
Boleh PM saya untuk maklumat lanjut, gambar, perangai setiap kucing atau kalau nak datang tengok mereka.