ISBN: 9789672810407
Pub: FRIM
Author: Zawiah N, Dasrul Iskandar D & Rosdi K
Year: 2022
Stock: 1
Buku Bunga-Bungaan yang Boleh Dimakan ini memaparkan tentang bunga-bunga terpilih yang boleh dijadikan makanan. Buku ini memuatkan foto berwarna-warni, huraian ringkas yang mudah difahami serta dilengkapi maklumat tentang nama-nama botani dan famili. Fokus buku ini adalah terhadap bahagian bunga-bungaan yang boleh dimakan, dijadikan bahan perisa dalam masakan dan minuman, dan sebagai hiasan makanan. Bunga-bungaan boleh dimakan sebagai sayuran, dijadikan minuman dan sebagai herba bagi menerbitkan rasa unik kepada hidangan. Kepelbagaian campuran bunga memberi idea kepada tukang masak untuk menghasilkan resepi yang baharu dan lazat. Hidangan yang dihasilkan akan kelihatan berwarna-warni, lazat, menarik serta dapat membangkitkan selera.