DIARI SEORANG JURURAWAT
Oleh: Aminah Mokhtar
Penerbit: Dewan Bahasa dan Pustaka
Cetakan: 2002
Bil. muka surat: 360
Bil. stok: 5 buah
Kondisi: Baharu stok lama, ada kesan pada kulit buku namun tidak menjejaskan isi dalaman
Harga: RM 8 (tidak termasuk kos pos)
Wajah itu kupandang kaku. Ngilu di hati cuba kulerai. Malangnya aku tidak punya kegagahan untuk itu. Wajah itu masih lagi terkaku. Terkujur di atas katil, bercadar putih bersih di unit rawatan intensif Hospital Besar.
Tiub endoktrakeal yang menjadi jalan udara ke paru-parunya terjulur keluar disambung terus ke alat penyambung hayat. Ventilator itu terus-terusan mengepam peratusan oksigen yang dipamkan ke paru-parunya. Dadanya turun naik dengan begitu selesa. Terasa dada sendiri menjadi sesak. Tuhan, selamatkanlah dia.
Dia seorang Fakar yang baik, berilah kami pertemuan yang kami janjikan bersama-sama. Pertemuan yang membahagiakan, Tuhan.