Perniagaan dobi layan diri lengkap dan sedang beroperasi di Residensi Rimba, Pantai Sentral Park, Kuala Lumpur untuk diambil alih.
1. BUTIRAN PERNIAGAAN
Ingin memulakan perniagaan tapi kekangan masa?? Dobi Layan-diri 24 jam adalah perniagaan yang less supervision tapi autonomous sesuai untuk dijalankan di Kuala Lumpur.
Sesuai untuk usahawan yang ingin memulakan perniagaan dobi tanpa perlu memikirkan renovasi, infrastruktur dan pembelian mesin, atau pengusaha dobi yang ingin menambah cawangan.
Boleh memiliki perniagaan Dobi Layan-diri FULL SETUP bermodalkan kurang dari RM200k !!
• Beroperasi 24-Jam sejak Februari 2024.
• Terletak dalam bangunan kondominium dua blok.
• Terdapat penginapan jangka pendek (Airbnb) di kondominium [main customers].
• Sederet kedai makan, kafe terkenal dan kedai serbaneka.
• Mempunyai rekod operasi dan aktiviti pelanggan [2024-2026].
• Perniagaan sihat [stable and healthy revenue].
• Mempunyai customer base yang regular.
• Matured resident area - elite community.
• Average revenue RM13k sebulan.
• Ekosistem operasi tersedia untuk diberi - supplier sabun, team technicians & maintenance, supplier mesin, supplier token.
• Kami memberikan BIMBINGAN [AFTER SALE SUPPORT] selama SEBULAN secara PERCUMA setelah perniagaan diambil alih ; cara penggunaan mesin, penggunaan sistem, pengurusan sabun dan operasi.
2. MESIN DAN KEMUDAHAN
• 2 unit mesin basuh industrial 15 kg
• 2 unit mesin basuh industrial 20 kg
• 2 unit mesin pengering industrial 15 kg
• 2 unit mesin pengering industrial 20 kg
• Sistem pembayaran QR/e-wallet [100% cashless juga boleh guna cash]
• Sistem CCTV - 4 kamera - boleh remote monitoring
• Peralatan menyeterika - Philips PerfectCare Steam Generator 8000 Series Garment care & IronBoard
• Wifi untuk pelanggan [hanya tukar ownership account]
• Peralatan dan kelengkapan pembersihan premis
• Saliran operasi yang lengkap
• Kelengkapan dan aset sokongan berkaitan - meja, kerusi untuk staff dan pelanggan.
• Terdapat 450sq ft ruang kosong boleh digunakan untuk pejabat, ruang store /simpanan, dan juga business expansion [tambah mesin].
3. SKOP PENGAMBILALIHAN
Harga pengambilalihan: RM185,000.00 [Nego]
Harga merangkumi mesin, peralatan dan infrastruktur yang dinyatakan. Senarai aset lengkap akan diberikan kepada pembeli yang serius.
Premis adalah disewa. Pengambilalihan sewaan tertakluk pada persetujuan pemilik premis, pengurusan bangunan dan syarat perjanjian yang berkaitan.
4. PENYERAHAN DAN BAYARAN
• Ini ialah pengambilalihan perniagaan di lokasi sedia ada; penghantaran tidak diperlukan
• Pemeriksaan premis dan mesin boleh dibuat melalui temu janji
• Tarikh penyerahan akan dipersetujui oleh penjual dan pembeli
• Kaedah pembayaran: pindahan bank
• Deposit dan baki bayaran tertakluk pada terma perjanjian jual beli
• Kos untuk urusan tambahan, jika diminta pembeli, tidak termasuk kecuali dipersetujui secara bertulis
Maklumat operasi lebih lanjut, gambar, senarai aset dan lawatan tapak tersedia atas permintaan. Pertanyaan daripada pembeli serius sahaja.