Electronic Technician Juruteknik Elektronik Stapak

List-ID: 115803751Yesterday 23:26

Job Description

FUJI HEALTH SYSTEM & CERTIFY SDN. BHD.

Pengedar utama peralatan penjagaan kesihatan FUJI SYSTEM dan FUJIIRYOKI Japan yang berpangkalan di Osaka.
No. 17, Jalan 9/23E, Taman Danau Kota,
53300 Kuala Lumpur, Malaysia.

RINGKASAN KERJA

FUJI HEALTH SYSTEM & CERTIFY SDN. BHD. sedang mengambil Juruteknik Elektronik untuk membaiki peralatan elektronik rumah seperti TV, mesin basuh, peti sejuk dan pemanas air, serta peralatan elektronik penjagaan kesihatan seperti mesin urut daripada jenama Ogawa, Gintel dan Osim.

SKOP KERJA
1. Lelaki & Perempuan
2. Boleh bergerak secara sendiri ke rumah atau premis pelanggan sekiranya peralatan mengalami kerosakan.
3. Berpengalaman membaiki peralatan elektronik secara bersendirian tanpa bantuan orang lain.
4. Mampu menjalankan troubleshooting secara sendiri, mengenal pasti punca kerosakan dan melakukan pembaikan yang diperlukan.
5. Berpengalaman membaiki peralatan elektronik rumah seperti TV, mesin basuh, peti sejuk dan pemanas air kerana kaedah membaiki mesin kesihatan dan medical device adalah sama seperti membaiki peralatan elektronik rumah seperti TV.
6. Mesti sihat tubuh badan dan tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan.
7. Sekurang-kurangnya mempunyai lesen motosikal. Lesen memandu Kelas D dan mempunyai kereta merupakan kelebihan semasa memohon.
8. Boleh memandu kenderaan 4x4 dan van untuk menghantar serta membaiki peralatan elektronik yang rosak di rumah atau premis pelanggan.

GAJI
RM1,700 – RM3,000 sebulan, mengikut kelayakan dan pengalaman.

JAMINAN KAMI
1. Tiada masalah tunggakan gaji sejak tahun 2010.
2. Gaji dibayar tepat pada masanya.
3. Peluang kenaikan pangkat dan peningkatan pendapatan kerana syarikat sedang berkembang maju.

KEKOSONGAN
Sebanyak 7 jawatan Juruteknik Elektronik sedang ditawarkan.

TEMUDUGA TERBUKA
Temuduga terbuka selagi iklan ini masih disiarkan. Pemohon boleh hadir untuk temuduga pada bila-bila masa sepanjang tempoh pengambilan pekerja.

LOKASI TEMUDUGA
FUJI HEALTH SYSTEM & CERTIFY SDN. BHD.
No. 17, Jalan 9/23E, Taman Danau Kota,
53300 Kuala Lumpur, Malaysia.

CARA MEMOHON
Sila hantar CV atau resume berserta gambar berukuran pasport kepada:

Email:
WhatsApp:
Pegawai Bertanggungjawab: Cik Fiqa
Sila hantar CV atau resume terlebih dahulu sebelum membuat panggilan telefon.

MULAKAN KERJAYA ANDA BERSAMA KAMI.

Job Details

Job Info & Requirement
Contract Type
Full-time
Job Type
Executive
Experience Level
1-3 years
Job Categories
Engineering
Minimum Education Required
KELAYAKAN 1. Minimum SPM. 2. Pemohon dengan kelayakan SPM, STPM, Diploma atau Ijazah boleh memohon.
Language Required
English
Nationality Preferred
Malaysians Only
Gender Preferred
All Genders
Own Transport
Motorcycle
Salary & Other benefits
Salary
RM 1,700 to RM 3,000 per month
Other Benefit (Optional)
FAEDAH DAN ELAUN 1. KWSP. 2. PERKESO. 3. Elaun kereta. 4. Elaun luar kawasan. 5. Kerja lebih masa. 6. Cuti tahunan. 7. Percutian. 8. Insurans Kemalangan Diri sehingga RM200,000. 9. Insurans hospital sehingga RM200 sehari, dengan perlindungan penyakit sehingga RM600,000. 10. Kenaikan gaji asas
Do you find this ad suspicious or inappropriate?
Report this ad (List-ID: 115803751)
Is this your ad? Manage it using these links.
Salary
RM 1,700 to RM 3,000
(per month)
Location
Kuala Lumpur - Setapak
Contact Type
Full-time
Job Type
Executive
Category
Engineering

Employer Info

Company Name
FUJI HEALTH SYSTEM & CERTIFY SDN. BHD.
Company Description
Specialist Supplier of Japanese Medical Devices and Healthcare Equipment
Size
5-10 employees
Company Website
Company No.
202401031051
Company
Joined since: Oct 2024
Share this ad