[FAULTY/ROSAK] EVGA GeForce RTX 2080 Ti 11GB Black Edition
Harga: RM450
Deskripsi Unit:
Ingin lepaskan GPU EVGA RTX 2080 Ti status ROSAK/FAULTY. Unit fizikal sangat cantik, terjaga rapi dan lengkap dengan kotak asal (Fullbox).
Kronologi & Status Terkini:
Masalah: Tiba-tiba keluar ralat Code 43 dalam Device Manager semasa sedang bermain game.
HDMI Output: Masih OK dan boleh keluar paparan imej ke monitor seperti biasa.
Kipas: Kedua-dua kipas masih berpusing dengan lancar dan senyap.
Langkah Troubleshooting Yang Telah Dibuat:
Sudah cuba DDU (Display Driver Uninstaller) dan reinstall driver terbaru.
Sudah cuba tukar kabel kuasa PCIe yang baru.
Sudah buat update BIOS motherboard.
Hasilnya tetap sama: GPU-Z menunjukkan Memory Size 0 MB dan GPU Clock 0 MHz.
Kondisi Fizikal:
Tiada kesan terbakar atau calar teruk pada backplate dan heatsink.
Unit tidak pernah cuba dibaiki (No prior repair attempt).
Tiada masa untuk pergi repair lagipun masih ada gaming laptop buat masa ini.
Urusan Jual Beli:
Lokasi COD: Holiday Park, Miri.
Status Waranti: TIADA WARANTI diberikan. Unit dijual secara "As-Is" (seadanya).
Pemulangan: Tiada pulangan wang (no return) selepas urusan selesai.
Jika ada soalan berkaitan saya akan cuba jawab sebaiknya, steady saja boskuu.