Keterangan: Pisau roti & kek jenis ini adalah keluaran F.DICK iaitu pembuat pisau terkemuka dari Jerman sejak tahun 1778. Jenama pisau F.DICK cukup terkenal kerana banyak digunakan di sektor industri ternakan/daging seperti pusat/rumah sembelihan di sebelah negara Jerman dan Eropah dan juga negara-negara lain di dunia.
Pisau ini disyorkan untuk kerja memotong dan menghiris roti, muffin, bun, kek, puding -- malah cukup tajam untuk memotong buah-buahan. Potongan roti dan kek anda akan nampak halus dan TIDAK comot seolah-seolah hasil kerja seorang profesional. Ia sangat disyorkan untuk kedai kek dan roti malah peniaga di gerai burger dan roti john di jalanan. Ia membuatkan tugasan harian anda pantas dan menjimatkan masa !