🐾 Mencari rumah baru untuk si bulus kesayangan 🐾
Dengan hati yang berat, saya sedang mencari owner baru yang penyayang untuk kucing ini kerana di rumah sudah terlalu banyak kucing dan saya risau tidak dapat memberikan perhatian serta kasih sayang yang secukupnya.
Dia seekor kucing yang sangat manja, suka dibelai dan sentiasa mahu ditemani. Saya benar-benar berharap dia dapat owner yang boleh menyayanginya seperti keluarga sendiri.
Kriteria owner yang dicari:
• Betul-betul tahu cara menjaga kucing
• Bukan sekadar suka, tetapi sanggup memberi komitmen dan perhatian
• Boleh luangkan masa untuk selalu belai, manja dan bermain dengannya
• Tidak mengurung dalam sangkar (ini sangat penting)
• Diutamakan rumah yang tiada kucing atau tidak mempunyai terlalu banyak kucing
• Sudi beri update keadaan dia setiap hari untuk beberapa bulan pertama
Makanan semasa: Kibbles Reflex 🐱
Saya hanya mahu yang benar-benar serius dan penyayang sahaja. Harap dapat owner yang terbaik untuk dia 🤍