Sebuah tablet padu dari Xiaomi hendak dilepaskan. Tablet condition lawa 9.5/10 dan baru pakai tak sampai setahun (under warranty). Set original Xiaomi Malaysia. Saya bagi fullset (Kotak, Charger 67W dan cable) berserta casing original Xiaomi (RRP RM99). Cod area Pendang dan berdekatan.
Kelebihan Tablet ini:
- Skrin bersaiz 8.8 inci 3K Quad HD+ dengan 165Hz kadar segar semula. Skrin paling perfect untuk tablet, tak besar sangat, boleh masuk pouch bag, dan tak kecik sangat boleh pakai buat kerja multitasking. Skrin spec gaming dan menggunakan IPS LCD, jadi tak manja dan tahan lasak.
- Menggunakan Chipset Gaming Dimensity 9400+ yang power. Ikut power, setaraf dengan Snapdragon 8 Elite yang pakai untuk gaming tablet/phone, tapi lebih sejuk dan lebih jimat bateri. Saya pakai buat main PUBG, dan bagi saya 10x lagi sedap daripada main dekat phone. Pakai lah buat main game apa pun, boleh run dengan smooth.
- Spec paling tinggi, dengan 12GB RAM dan 512GB Storage jenis UFS 4.1. Buka tutup dan download apps laju. Takde dah isu loading lama2 bila buka file explorer.
- Stereo Speaker yang padu, yang ditune oleh Dolby Atmos. Bunyi dia jauh padu dari speaker phone. Layan movie, Youtube atau main game memang immersive habis.
- Support USB 3.2, laju dalam proses transfer data dan juga support HDMI out. Senang boleh cucuk ke monitor or projector kalau nak present kerja or gaming skrin besar. Tablet yang ada feature nie semua harga 2-3k keatas.
- Xiaomi ada feature Secondary Monitor Wireless, bermakna boleh pakai Tab nie sebagai monitor untuk laptop, senang tak perlu beli portable monitor dah.
- Bateri 7500mah yang besar dan tahan lama. Support 67W charging yang laju, dan tablet ada dua lubang charger. Bawah dan tepi. Senang kalau nak main game tanpa wayar berselirat.