GRANTON - pisau dapur 8" ROSEWOOD (ENGLAND)

List-ID: 11482635122 May 09:03
Carousel Image Selected
  • Carousel Image
  • Carousel Image
  • Carousel Image
  • Carousel Image
  • Carousel Image
  • Carousel Image
  • Description

  • Specification

  • 13) Jenis: pisau dapur "JALUR" GRANTON
    model: 37658
    panjang: 8.66 inci (panjang bilah)
    pemegang: kayu jati Rosewood
    logam bilah: besi tahan karat 1.4034
    Kekerasan bilah: 54 - 55 Rockwell
    Buatan: The Granton Knife Co., Sheffield, ENGLAND

    Keterangan: Pisau dapur bersaiz 8.66 inci dengan hulu kayu jati ROSEWOOD diapit bersama paku TEMBAGA dari jenama pisau tertua lagenda Empayar British yang berusia lebih 400 TAHUN !! pernah mencapai kegemilangan sejak zaman kolonial, buatan The Granton Knife Co., Sheffield, ENGLAND. Dihasilkan di kilangnya sejak tahun 1601 di SHEFFIELD iaitu sebuah bandar yang terkenal di UNITED KINGDOM dengan panggilan "Kota Pisau". Industri pisau di bandar Sheffield berkembang pesat ketika era Revolusi Industri 1760, cukup gah & terkenal berabad lampau dalam penghasilan pisau, pedang, gunting, kapak, pisau cukur dan senjata. Jenama GRANTON merupakan pencipta bilah jalur atau dipanggil "granton" yang kemudiannya di tiru oleh semua jenama pisau dari serata dunia.

    Pisau ini disarankan buat mereka yang mementingkan kualiti dan ketajaman besi terbaik SHEFFIELD, ENGLAND. Hulunya diperbuat dari kayu ROSEWOOD iaitu sejenis kayu keras yang biasanya diguna dalam pembuatan perabot mewah dan pilihan pengeluar alat muzik Ibanez & Gibson. Pisau dengan hulu kayu ini terbaik untuk mereka yang mementingkan kualiti dan nilai klasik.
    Pisau ini didatangkan dengan bilah jenis "JALUR", khusus dan TERBAIK untuk kerja memotong, menghiris, merincik ikan, sayur, daging, buah dan sebagainya. Jenama pisau khas buat mereka yang bergelar peminat/pengumpul koleksi pisau di seantero dunia. GRANTON merupakan jenama pisau NADIR dan jarang didapati di pasaran rantau ini !!

    NOTA: Untuk makluman, mata pisau ini TIDAK diasah tajam sepenuhnya dari kilang, jadi anda perlu mengasahnya semula untuk mendapatkan ketajaman sempurna.

    Untuk pertanyaan/maklumat lanjut:

    Email: ask[AT]ded1.NET | 0-1-6-4-8-3-7-6-9-6
    (sms/telegram/telefon/whatsapp)

    NOTA: Sila gantikan [AT] dengan @ jika anda hendak menghantar email,ini cuma salah 1 cara untuk mengelakkan spam bot.

    TERMA & SYARAT:
    Untuk terma & syarat sila rujuk:
    https://niaga.ded1.net/terma-syarat/

    PEMBAYARAN:
    pembayaran melalui pindahan MAYBANK2U, wang pos, deposit tunai, PAYPAL (kad kredit/debit dan sebagainya), Western Union (luar Malaysia). Penghantaran menggunakan kurier ekspres ke seluruh dunia !
mudah_safety_tip

Mudah Safety Tip

For safety precautions, meet the landlord in person and inspect property throughly before transferring any payments. Find out more safety tips in MudahSafety!

Do you find this ad suspicious or inappropriate?
Report this ad (List-ID: 114826351)
Is this your ad? Manage it using these links.
Price
RM 239
Location
Kuala Lumpur - Bukit Jalil
Condition
New
Company
Joined since: Apr 2013
Share this ad