Homestay D’ Corner, Taman Sri Rawang (Penyewa Muslim Sahaja). Sesuai untuk dihuni oleh mereka yang ingin menghadiri Majlis Kenduri Perkahwinan, Family Gathering, Reunion Kawan Sekolah atau sebarang Urusan di Rawang. Sangat sesuai untuk Guru @ Staf Sekolah yang ingin melapor diri bertugas di sekolah di Rawang sebelum mendapat rumah sewa kerana lokasi HomeStay sangat berhampiran dengan SMK Seri Garing, SK Sinaran Budi, SJK (T) & SK Rawang. Jarak ke Bandar Rawang - l/kurang 4km (Stesen KTM. Pasaraya Parkson, Giant, Pasar Rawang dsb), Lotus Mall Rawang - l/kurang 6km & Eon Mall Rawang - l/kurang 8 km. Plaza Tol Rawang (L/Raya PLUS) l/kurang 5 km , Plaza Tol Taman Rimba Templer (L/Raya Latar) - l/kurang 11 km Sewa 1 hari - RM 250, Sewa 2 hari - RM 490, Sewa 3 hari - RM 730 (Bayaran sewa sama saja pada Hari Biasa, Cuti Hujung Minggu atau Cuti Kelepasan Am serta Cuti Sekolah). Deposit RM 50 bagi setiap hari yang ingin disewa, Baki Bayaran Sewa perlu dijelaskan sebelum memasuki Homestay. Pemulangan Wang Deposit hanya akan dilakukan sekiranya Pembatalan Tempahan dimaklumkan 3 hari sebelum Tarikh Tempahan, Contoh - (Tempahan untuk Tarikh 10 Okt dan pemakluman Batal Tempahan adalah pada 7 Okt). Check In - 2 Petang & Check Out - 12 T/hari. Homestay Kaw. Corner Lot - 3 Bilik Tidor & 2 Bilik Air : Bilik 1 (Master Bed Room) Bilik Air + Katil Saiz Queen + Aircond + Kipas Dinding, Bilik 2 - Katil Saiz Queen + Aircond + Kipas Dinding, Bilik 3 - Katil Saiz Queen + Aircond + Kipas Dinding, Hall - Kipas Siling, Dinning Hall - Kipas Dinding & Kaw. Dapur - Kipas Dinding. Homestay sesuai untuk 6 orang penghuni kerana terdapat 3 katil saiz Queen, sekiranya lebih dari 6 orang maka penyewa perlu membawa Comforter sendiri dsb, w/bagaimana pun terdapat lebihan bantal di Homestay ini dan sesuai untuk keluarga. Kemudahan Lain : TV 32 LCD dan Astro Njoi, Peti Sejuk, Mesin Basuh, Dapur Gas, Rice Cooker, Kettle Jug, Sterika & Board serta Microwave. Kaw. Hall terdapat Set Sofa, Kaw. Dinning Hall terdapat Set Meja Makan + 6 Kerusi. Disediakan juga 3 helai Tuala Mandi, 3 helai Sejadah serta Sabun Mandi & Ubat Gigi, Tempat letak kenderaan bawah Porch muat 2 kenderaan. Kawasan Corner Lot boleh muat letak 2 - 3 kenderaan. Sesuai sekiranya ingin mengadakan Barbeque keluarga kerana terdapat kaw. lapang tepi rumah serta terdapat pondok kecil di belakang tepi rumah untuk meletak bahan Barbeque atau pembakaran Barbeque sekiranya hujan renyai. Peralatan untuk Barbeque tidak disediakan. Untuk Maklumat Lanjut & Tempahan sila hubungi (Call @Wassap) : (Abg Zul) & (Kak Ani)
Mudah Safety Tip
If it is a meet-up/COD, always inspect item condition on site before paying. Find out more safety tips in MudahSafety!