Honda CBR 150 R 2023

List-ID: 116277626Yesterday 11:45
7
Assalamualaikum warga Mudah, tumpang lalu ya 😁

Di sini saya nak jual sebuah Honda CBR150R tahun 2023, mileage dalam lingkungan 30k km. Motor masih dalam keadaan baik dan enjin setakat ni tak ada sebarang masalah.

Untuk pengetahuan semua, motor ni pernah terlibat dalam accident sebelum ni, tapi tak teruk. Ada beberapa clip coverset dan bracket lampu depan yang patah, menyebabkan sedikit vibration dekat bahagian depan/meter. Saya bagitahu awal-awal supaya tak ada apa yang disembunyikan. Selebihnya boleh tengok sendiri keadaan motor macam dalam gambar. Reason jual sebab upgrade kepada motor cc besar, jadi nak lepaskan CBR ni untuk settlekan baki hutang dan komitmen motor lama.

Harga dipinta RM5,300 (boleh nego) untuk yang betul-betul berminat. Saya syorkan datang tengok motor depan-depan dulu, boleh check puas-puas dan tanya apa yang patut, supaya kedua-dua pihak jelas dengan condition motor.

Kalau dah tengok, dah puas hati dengan keadaan motor dan harga pun sama-sama setuju, baru kita proceed deal. Tak ada paksaan, yang penting dua-dua pihak puas hati 🤝

Kalau ada yang berminat atau nak tahu lebih lanjut, boleh PM saya. Insya-Allah mana yang saya tahu, saya jawab dengan jujur. boleh contact saya 011 lima 6 tujuh 8 enam 3 tujuh 5 - abid

Do you find this ad suspicious or inappropriate?

Report this ad (List-ID: 116277626)

Is this your ad? Manage it using these links.