JBM SUCCESS SDN BHD sedang mencari calon yang berkelayakan untuk mengisi jawatan Admin Cum HR di Alor Setar, Kedah.
Skop Kerja: • Mengurus urusan pentadbiran pejabat harian • Menyediakan surat, laporan dan dokumentasi syarikat • Mengurus rekod kehadiran, cuti dan fail pekerja • Mengurus proses pengambilan pekerja dan temuduga • Berurusan dengan KWSP, PERKESO, LHDN dan agensi berkaitan • Membantu pengurusan dalam tugas-tugas pentadbiran dan HR
Kelayakan: • Diploma / Ijazah dalam bidang berkaitan • Pengalaman dalam Admin atau HR adalah satu kelebihan • Mahir Microsoft Word dan Excel • Bertanggungjawab, jujur dan boleh bekerja secara berdikari