JAWATAN KOSONG – CUSTOMER SERVICE
AB DESIGN & PRINTING
Alor Setar, Kedah
AB Design & Printing merupakan syarikat yang berpengalaman dalam bidang percetakan dan pengiklanan. Kami menyediakan pelbagai perkhidmatan seperti reka bentuk grafik, percetakan kad kahwin, banner, bunting, sticker, flyers, signboard serta pelbagai produk percetakan yang lain.
Kami sedang mencari individu yang bersemangat, bertanggungjawab dan mesra pelanggan untuk menyertai pasukan kami.
Skop Tugas
* Melayan pelanggan di kaunter dan melalui WhatsApp.
* Mengambil serta mengurus tempahan percetakan seperti banner, sticker, bunting dan lain-lain.
* Memberi penerangan mengenai produk, servis dan harga kepada pelanggan.
* Mengurus tempahan serta membuat susulan (follow-up) dengan pelanggan.
* Membantu kerja-kerja asas di kedai apabila diperlukan.
Syarat Kelayakan
- ** Pengalaman bekerja di kedai printing adalah satu kelebihan dan sangat diutamakan.
* Warganegara Malaysia (Perempuan).
* Berumur 19 hingga 30 tahun.
* Bujang.
* Mempunyai lesen memandu yang sah.
* Mempunyai kenderaan sendiri.
* Mempunyai sekurang-kurangnya Sijil atau Diploma.
* Boleh bekerja dengan pengawasan minimum.
* Bersedia mempelajari perkara baharu dan menerima cabaran.
* Sihat tubuh badan.
* Berdisiplin, positif dan mampu bekerja dalam satu pasukan.
* Boleh memulakan kerja dengan segera (sepenuh masa).
Gaji
💰 RM1,700 sebulan ++
Kelebihan Bekerja di AB Design & Printing
✅ Cuti setiap Jumaat & Cuti Umum
✅ Caruman KWSP & PERKESO
✅ Elaun RM100 bagi gantian cuti tahunan (AL) yang tidak digunakan
✅ Kenaikan gaji tahunan (bergantung kepada prestasi)
✅ Uniform disediakan secara percuma
✅ Elaun rawatan klinik
Waktu Bekerja
🕘 9.00 pagi – 6.00 petang
📅 Cuti setiap Jumaat & Cuti Umum
Lokasi
AB DESIGN & PRINTING
110, Persiaran Sultan Abdul Hamid,
Jalan Pegawai,
05050 Alor Setar, Kedah.
📍 Waze: AB DESIGN & PRINTING
(Petanda: Sebaris CIMB Bank & Watsons, Jalan Pegawai)
Cara Memohon
Sila WhatsApp sahaja (JANGAN CALL) ke:
📱 011-10661957
📱 011-5502 0199
Sertakan maklumat berikut:
* Nama:
* Umur:
* Lokasi tempat tinggal:
* Status perkahwinan:
📎 Sila lampirkan sekali resume untuk semakan.
Hanya calon yang disenarai pendek (shortlisted) akan dihubungi melalui WhatsApp.