Kapak Melapah. Kapak melapah ini diperbuat di negeri Kedah oleh seorang pakar Pandai Besi yang memiliki kepandaian dalam teknik melipat besi tanpa kesan sambungan. Kapak Melapah ini mengambil inspirasi kapak dan direka bentuk bagi tujuan melapah haiwan bersaiz besar seperti kerbau dan lembu. Penggunaan Kapak Melapah ini akan mempercepatkan proses melapah berbanding menggunakan pisau lapah disebabkan struktur badan yang tirus dan berat. Kapak Melapah ini hanyansatu dalam keluarga kapak yang memiliki sarung yang diperbuat dari kayu jenis nyatoh.