Katil dua tingkt ada tangga ada penghadang

List-ID: 11572709408 Sep 06:40
Carousel Image Selected
  • Description

  • Specification

  • Pada yang tidak mengenali saya…

    Tulisan saya mungkin tiba-tiba muncul di FYP wall uols kerana memang tulisan saya mempunyai reach dan view yang tinggi.

    Bukan sahaja tulisan tentang anak bongsu, tulisan lain pun mencecah ratusan ribu reach sejak dulu lagi.

    Dan bukan saya yang mencari wall uols.
    Algoritma yang menghantar tulisan saya ke sana.

    Saya ini seorang perempuan tua yang sudah lebih 20 tahun suka menulis di media sosial.

    Jadi, kalau baru hari ini uols mengenali tulisan saya, jangan terlalu cepat membuat kesimpulan tentang siapa saya, apa yang saya rasa, atau bagaimana saya sepatutnya berduka.

    Tulisan terbaru saya adalah tentang anak bongsu saya.

    Bukan tentang kau.
    Bukan tentang hidup kau.
    Dan bukan juga tentang bagaimana kau mahu saya berduka.

    Sebagai seseorang yang pernah mengajar psikologi, saya selalu pesan kepada client:

    Kalau hati penuh, keluarkan.
    Tulis.
    Luahkan.
    Menangis.
    Marah.
    Bercerita.

    Kalau tak mahu orang membaca, letak "Only Me".

    Kalau mahu menulis di buku, tulis di buku.
    Tulis apa saja.
    Cakap apa saja.

    Tetapi selepas meluahkan, jangan pula sibuk mencari pengesahan daripada manusia.

    Saya sendiri jenis yang menulis dan jarang membaca komen.

    Arwah suami pernah kata sambil tergelak,

    “Ma boleh tahan ya dengan kutukan orang. I tak boleh.”

    Saya jawab sambil gelak,
    “Siapa suruh baca?”

    Simple.

    Sebab saya sudah sampai pada satu tahap dalam hidup di mana pendapat orang tidak lagi menentukan ketenangan saya.

    Tak semua orang akan faham lenggok tulisan saya.

    Tak perlu.

    Tak semua orang akan setuju dengan cara saya berduka.

    Pun tak perlu.

    Dan saya tidak berminat untuk berlumba siapa paling reda, siapa paling sabar, siapa paling kuat atau siapa paling dekat dengan Tuhan.

    Reda bukan pertandingan.
    Sabar bukan persembahan.
    Dan kehilangan bukan ruang untuk orang lain mengaudit hati seseorang.

    Jadi, kalau uols tidak biasa membaca lenggok tulisan saya, bacalah perlahan-lahan.

    Jangan baca dengan ego.
    Jangan baca dengan rasa diri paling tahu.
    Dan paling penting, jangan masukkan cerita hidup sendiri ke dalam cerita orang lain.

    Saya menulis sebagai seorang ibu yang kehilangan anak bongsu selepas terlebih dahulu kehilangan suami empat tahun lalu.

    Kalau tulisan saya menyentuh hati uols, ambillah yang baik.

    Kalau tidak kena dengan jiwa uols, scroll saja.

    Tak perlu marah kepada tulisan yang tidak ditujukan kepada uols.

    Saya sudah terlalu lama hidup untuk belajar bahawa tidak semua perkara perlu dijawab, dan tidak semua manusia perlu dijelaskan.

    Apa kau rasa tentang saya?
    Sudah tidak penting kepada ibu tua ini.
    Yang penting, saya masih mampu bangun setiap hari.

    Masih mampu berdoa.
    Masih mampu menulis.
    Dan masih mampu memberi sedikit kekuatan kepada orang lain walaupun hati sendiri pernah berkecai.

    Psst…

    Saya memang tulis *public*.
    Friendlist saya sudah penuh.

    Ada sahabat, kenalan dan para asnaf yang sudah bertahun-tahun menunggu tulisan saya.

    Mereka bukan datang untuk mengajar saya bagaimana hendak menangis.

    Mereka datang kerana mungkin dalam tulisan seorang kakak tua ini, mereka sedang mencari sedikit kekuatan untuk meneruskan hidup sendiri.

    Jadi biarlah saya terus menulis.

    Kau tak suka?
    Tak apa.
    Kita agree to disagree.

    Kau teruskan hidup kau.
    Saya teruskan hidup saya.

    Cuma jangan cuba ajar seorang ibu bagaimana hendak merindui anaknya.

    Kerana kau tidak pernah kehilangan anak yang sama.

    Kau tidak pernah bangun dengan rumah yang tiba-tiba terasa terlalu sunyi.

    Kau tidak pernah memeluk kenangan kerana orangnya sudah tiada.

    Dan kau tidak pernah tidur dengan hati yang setiap malam masih bertanya,

    “Kenapa anak aku?”

    Jadi kalau tulisan saya kadang-kadang terlalu raw, terlalu jujur atau terlalu beremosi untuk selera uols…

    Maaf.

    Saya bukan sedang menulis untuk memenuhi selera sesiapa.

    Saya sedang menyelamatkan sedikit demi sedikit hati seorang ibu yang sedang belajar hidup dengan kehilangan.

    Dan kalau dalam proses saya menyelamatkan diri sendiri itu, ada seorang manusia lain yang terasa lebih kuat untuk meneruskan hidupnya…

    Maka tulisan saya sudah sampai ke tempat yang sepatutnya.

    Saya tak perlukan semua orang faham saya.
    Cukuplah Allah tahu apa yang saya tanggung.

    Kerana akhirnya nanti, bukan komen manusia yang akan saya bawa bersama.

    Tetapi rindu seorang ibu kepada anaknya, doa yang tak pernah putus, dan kasih yang kematian pun tidak mampu memadamkan.

    Itulah sebabnya saya masih menulis.

    Bukan kerana saya sudah kuat.
    Tetapi kerana setiap kali saya menulis tentang mereka yang telah pergi, saya sedang memberitahu hati sendiri..

    “Mama masih di sini.
    Mama masih hidup.
    Dan mama akan terus hidup…
    sampai Allah sendiri memanggil mama pulang.”

    Dan mungkin itulah yang orang tidak nampak.

    Di sebalik tulisan yang mereka mahu hukum,
    ada seorang ibu yang sedang cuba bertahan.

    Di sebalik ayat yang mereka anggap terlalu emosi, ada rindu yang tidak lagi mempunyai tempat untuk pulang.

    Dan di sebalik seorang perempuan tua yang masih mampu menulis dan tersenyum…

    Ada hati yang sudah kehilangan dua insan paling besar dalam hidupnya.

    Jadi, jangan ukur cara saya berduka dengan ukuran hidup uols.

    Kau tidak berada di tempat saya.
    Kau tidak membawa kehilangan saya.
    Dan kau tidak tahu berapa mahal harga sebuah senyuman yang masih mampu saya berikan hari ini.

    Saya tidak minta dikasihani.
    Saya cuma minta…

    Biarkan saya menjadi seorang ibu yang masih mencintai anaknya, walaupun anak itu sudah tidak lagi berada di dunia.

    Kerana bagi seorang ibu,
    anak boleh pergi dari pandangan mata,
    tetapi tidak pernah pergi dari tempatnya di dalam hati.

    Dan selagi Allah masih memberi saya nafas
    Saya akan terus menulis.
    Saya akan terus mendoakan.
    Saya akan terus hidup.

    Bukan untuk membuktikan apa-apa kepada manusia.

    Tetapi kerana saya tahu,
    suatu hari nanti saya juga akan menyusul mereka.

    Dan ketika hari itu tiba,
    Saya cuma mahu pulang kepada Allah dengan satu hati yang tenang.

    Bahawa sepanjang hidup saya,
    saya tidak pernah berhenti mencintai mereka yang Allah pinjamkan kepada saya...

    Nota..
    Letak beberapa gambar sebagai bukti, bukan berbangga tapi siapa yang kenal saya pasti faham cara lenggok penulisan bersahaja milik saya - saya belum buat buku..

    #sayang
    #sayangsampaisyurga
mudah_safety_tip

Mudah Safety Tip

For safety precautions, meet the landlord in person and inspect property throughly before transferring any payments. Find out more safety tips in MudahSafety!

Do you find this ad suspicious or inappropriate?
Report this ad (List-ID: 115727094)
Is this your ad? Manage it using these links.
Price
RM 175
Location
Selangor - Damansara Damai
Condition
Second-hand (Used)
Share this ad