Salam & Hi warga Mudah! 👋
Jentera kesayangan nak dilepaskan, Kawasaki ER-6n tahun 2011. Sesuai sangat untuk sesiapa yg baru nak upgrade ke big bike atau buat ulang alik kerja harian. Tork maintain padu, ride jauh pun tak penat sebab posisi tegak. Motor bebas kemalangan berat (zero major accident). Cuma pernah tersilap brek waktu perlahan dulu, jadi ada calar calar manja sikit dekat body. Tapi jangan risau, frame, fork, & handle semua tegak, stabil, dan tak ada cacat cela. Boleh datang test ride untuk rasa sendiri, memang tak ada masalah alignment lari.
Mileage 50k sahaja, enjin standard kilang, tak ada leaking, bunyi masih padu & riding masih smooth. Servis minyak hitam sentiasa dijaga, tak pernah missed. Beli terus boleh jalan jauh. Geran lengkap atas nama sendiri. Urusan tukar nama tak ada masalah, boleh urus terus. Harga boleh nego.