POKOK BELIAN (Eusideroxylon zwaggen) merupakan sejenis pokok kayu keras dari keluarga Lauraceae dimana ia adalah merupakan pokok yang lambat tumbuh membesar dan bukan jenis Dipterocarp. Pokok ini juga dapat ditemui secara semulajadi atau ia natif di Kawasan Borneo, Flores, Jawa dan Kepulauan Sulu. Pokok ini dikenali dengan kayunya yang memang tahan lasak, mahal dan banyak digunakan dalam pembinaan struktur binaan dan perabut terpilih. Penulis blog yang pernah bertugas di Sarawak berpeluang melihat pokok belian. Kayu belian tahan secara semulajadi disebabkan ciri-ciri anatomi uniknya dan kandungan ciri kualiti yang tinggi. Kayunya mampu tahan dari dedahan kepada tanah dan keadaan persekitaran lain tanpa kehilangan kekuatan yang jelas di laporkan. Beberapa tiang eletrik belian yang sudah diuji di Sarawak menunjukkan dimana proses pereputan permukaan pada garis tanah selepas 20 tahun ianya dipasang di tepi jalan yang kena hujan panas. Ujian juga melaporkan dimana dengan cara menggunakan mikroskop jenis elektron menunjukkan kehadiran rongga reput lembut pada dinding serat. Tambahan pula hanya ada sedikit serangan reput lembut pada dinding kedua iaitu dilaporkan berlaku pada beberapa tisu reput atau di bahagian lain dinding serat iaitu termasuk lamela tengah berlignin yang mana ia turut terurai. Bakteria juga turut banyak terdapat pada sel ini dimana ia mencadangkan penguraian tisu kayu pada permukaan mungkin hasil tindakan bersama fungi (kulat) pereputan lembut dan bakteria pengurai kayu. Kegunaan kayu belian ini sudah lama diketahui dimana dengan daya tahan yang elok terhadap serangan daripada mikroorganisma dan serangga maka kayu belian banyak diberi perhatian dalam pembinaan struktur pada bahagian luaran. Di samping itu dilaporkan dimana kadar ketumpatan kayu yang tinggi serta sifat kayu yang mudah dikerjakan juga menjadikannya pilihan dalam struktur sektor marin seperti pembinaan jeti dan kapal seperti kapal layar. Selain itu juga didakwa yang kayu belian juga digunakan untuk menghasilkan azimat, barangan kemas dan senjata peribumi. Bagaimana pun kini dilaporkan dimana pokok belian ini sudah terancam berikutan kehilangan habitat akibat eksploitasi berlebihan, kekurangan pertumbuhan sempurna serta kesukaran dalam penanaman semula. Pengeksportan kayu belian kini telah diharamkan dalam perundangan Indonesia dan Sarawak, tetapi penyeludupan haram masih berlaku lagi. Pokok Belian merupakan sejenis pokok kayu keras.