Kekosongan Eksekutif Sumber Manusia di Setia Alam

List-ID: 116320494Today 16:42

Job Description

Azzahrawi Education Group Sdn Bhd (AEGSB) adalah sebuah institusi pendidikan persendirian yang menjalankan pelbagai perkhidmatan antaranya ialah Pusat Transit Az-Zahrawi, Taska Izz Kiddy, Prasekolah Permata Cilik Az-Zahrawi, Sekolah Rendah Islam Az-Zahrawi dan Sekolah Menengah Az-Zahrawi.

Semua institusi pendidikan kami berada di tiga lokasi iaitu di Bandar Setia Alam, Bandar Puncak Alam dan Bandar Hillpark. Kami mempunyai sekitar 900 orang pelajar dan lebih 100 orang kakitangan.

Sehubungan dengan itu, kami mencari mereka yang berkelayakan, komited, berinisiatif tinggi, kreatif dan mempunyai semangat positif serta berkebolehan untuk menjadi sebahagian dari organisasi kami sebagai:

EKSEKUTIF SUMBER MANUSIA.

Bidang tugas asas Eksekutif Sumber Manusia:
1. Mengendalikan urusan pengambilan, pemilihan dan penempatan staf.
2. Mengurus rekod staf, kehadiran dan dokumen perkhidmatan, termasuk surat lantikan dan kontrak.
3. Merancang dan melaksanakan latihan serta program pembangunan staf.
4. Mengurus program kebajikan dan kesejahteraan staf serta mengendalikan pertanyaan, maklum balas dan aduan staf.
5. Mengendalikan urusan pentadbiran berkaitan manfaat staf, tuntutan perubatan dan caruman berkanun.
6. Memantau pelaksanaan langkah keselamatan dan kesihatan di tempat kerja.
7. Menyediakan laporan sumber manusia dan memastikan urusan harian mematuhi polisi serta prosedur syarikat.
8. Lain-lain tugasan berkaitan.

Kelayakan adalah seperti berikut :
1. Diploma dari institusi pengajian tinggi yang diiktiraf MQA.
2. Calon yang mempunyai Diploma dalam bidang Sumber Manusia mempunyai kelebihan.
3. Calon yang mempunyai pengalaman bekerja di sektor kerajaan atau swasta mempunyai kelebihan.
4. Boleh membaca al-Quran dengan fasih.
5. Bersedia memulakan tugas pada 21 DISEMBER 2026 (ISNIN).

Untuk memohon, emelkan surat rasmi permohonan bersama lampiran resume bergambar ke:
(Nota Penting: Letakkan di bahagian tajuk emel Permohonan Jawatan Eksekutif Sumber Manusia)

1. Tajuk emel: Permohonan Jawatan Eksekutif Sumber Manusia.
2. Surat rasmi permohonan jawatan.
3. Resume peribadi yang terkini dengan gambar berwarna ukuran passport.
4. Salinan sijil SPM
5. Salinan sijil Diploma yang rasmi dari institusi pendidikan tinggi sekiranya berkaitan.
6. Lain-lain sijil berkaitan.

Tarikh tutup permohonan: 31 Disember 2025 (Khamis)
Tarikh temuduga: 23 November - 18 Disember 2025
Tarikh lapor diri: 21 DISEMBER 2025 (ISNIN).

Job Details

Job Info & Requirement
Contract TypeFull-time
Job TypeExecutive
Experience Level< 1 year
Job CategoriesAdmin/Data Entry
Minimum Education RequiredDiploma
Language RequiredEnglish, Bahasa Malaysia
Nationality PreferredMalaysians Only
Gender PreferredAll Genders
Own TransportNone
Salary & Other benefits
SalaryRM 2,200 to RM 2,360 per month
Other Benefit (Optional)Perlindungan takaful, Makan harian disediakan, Uniform rasmi bekerja secara PERCUMA Pinjaman tanpa faedah (qard hasan). Latihan dan Kursus PERCUMA. Cuti-cuti ihsan dan lain-lain manfaat perjawatan yang menarik.

Do you find this ad suspicious or inappropriate?

Report this ad (List-ID: 116320494)

Is this your ad? Manage it using these links.