Azzahrawi Education Group Sdn Bhd (AEGSB) adalah sebuah institusi pendidikan persendirian yang menjalankan pelbagai perkhidmatan antaranya ialah Pusat Transit Az-Zahrawi, Taska Izz Kiddy, Prasekolah Permata Cilik Az-Zahrawi, Sekolah Rendah Islam Az-Zahrawi dan Sekolah Menengah Az-Zahrawi.
Semua institusi pendidikan kami berada di tiga lokasi iaitu di Bandar Setia Alam, Bandar Puncak Alam dan Bandar Hillpark. Kami mempunyai sekitar 900 orang pelajar dan lebih 100 orang kakitangan.
Sehubungan dengan itu, kami mencari mereka yang berkelayakan, komited, berinisiatif tinggi, kreatif dan mempunyai semangat positif serta berkebolehan untuk menjadi sebahagian dari organisasi kami dalam mendidik dan mendokong perkembangan para pelajar di bawah taska kendalian kami iaitu:
TASKA IZZ KIDDY (IZZ KIDDY CHILD CARE CENTRE) DI SETIA ALAM.
Bidang tugas asas seorang guru taska: 1. Bertanggungjawab mengasuh dan menjaga anak asuhan di taska mengikut jadual dan ketetapan yang disediakan oleh pengurus taska. 2. Bertanggungjawab mematuhi semua peraturan kebersihan dan keselamatan yang telah ditetapkan oleh Pengurus Taska dan pihak berwajib dalam urusan berkaitan pengurusan anak asuhan dan penyediaan makanan. 3. Melaksanakan tugas-tugas rasmi lain seperti yang diarahkan oleh Pengurus Taska yang berkaitan dengan urusan kerja di taska dan juga tugas rasmi umum atas arahan dari pihak Ahli Lembaga Pengelola dari masa ke masa. 4. Bersedia untuk bekerja lebih masa mengikut jadual ketetapan bertugas seperti yang disediakan oleh Pengurus Taska. 5. Mengisi buku laporan aktiviti individu anak asuhan taska pada setiap hari dan memastikan buku laporan dibawa pulang oleh anak asuhan pada setiap hari. 6. Lain-lain tugasan berkaitan.
Kelayakan adalah seperti berikut: 1. SPM atau Diploma dari institusi pengajian tinggi yang diiktiraf MQA. 2. Calon yang mempunyai Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak atau Sijil Kursus Asuhan Permata mempunyai kelebihan. 3. Calon yang mempunyai pengalaman mengajar/ mengasuh di taska kerajaan atau swasta mempunyai kelebihan. 4. Bersedia memulakan tugas pada 7 - 14 SEPTEMBER 2026
Untuk memohon, emelkan surat rasmi permohonan bersama lampiran resume bergambar ke: (Nota Penting: Letakkan di bahagian tajuk emel Permohonan Jawatan Guru Taska Izz Kiddy Setia Alam)
1. Tajuk emel: Permohonan Jawatan Guru Taska Izz Kiddy Setia Alam 2. Surat rasmi permohonan jawatan. 3. Resume peribadi yang terkini dengan gambar berwarna ukuran passport. 4. Salinan sijil SPM 5. Salinan sijil Diploma yang rasmi dari institusi pendidikan tinggi sekiranya berkaitan.
Tarikh tutup permohonan: 4 SEPTEMBER 2026 (JUMAAT) Tarikh temuduga: 26 OGOS - 11 SEPTEMBER 2026 Tarikh lapor diri : 7 - 14 SEPTEMBER 202
Job Details
Job Info & Requirement
Contract Type
Contract
Job Type
Executive
Experience Level
< 1 year
Job Categories
Education/Training
Minimum Education Required
SPM, DIPLOMA
Language Required
Bahasa Malaysia
Nationality Preferred
Malaysians Only
Gender Preferred
Female Only
Own Transport
None
Salary & Other benefits
Salary
RM 1,700 to RM 1,860 per month
Other Benefit (Optional)
Other BENEFIT
Perlindungan takaful, Makan harian disediakan, Uniform rasmi bekerja secara PERCUMA
Pinjaman tanpa faedah (qard hasan).
Latihan dan Kursus PERCUMA.
Cuti-cuti ihsan dan lain-lain manfaat perjawa