Kucing Betina ±1.5thn Lengkap Vaksin, Sudah Mandul

List-ID: 115856035Yesterday 09:37
Carousel Image Selected
  • Carousel Image
  • Carousel Image
  • Description

  • Specification

  • KUCING BETINA ±1 TAHUN 6 BULAN – LENGKAP VAKSIN & SUDAH DIMANDULKAN

    Umur : ± 1 tahun 6 bulan
    Jantina : Betina
    Berat : 4.5 kg
    Warna : Brown tabby + oren & putih
    Bulu : Medium hair, gebu & lembut
    Penjagaan : Indoor

    ❤️ Tentang Kucing :*
    Kucing ini sangat manja dan aktif. Dipelihara secara indoor dan toilet trained.
    Kucing ini lebih sesuai menjadi single cat kerana menjadi sangat takut dan protective apabila berhadapan dengan kucing lain. Jadi kami lebih mengutamakan adopter yang belum mempunyai kucing lagi supaya ia dapat hidup dengan selesa tanpa stress dan mendapat sepenuh perhatian daripada keluarga barunya.
    Makanan yang diberi sekarang adalah Royal Canin dry food, tetapi kucing ini tidak cerewet dan mudah untuk ditukar kepada jenama makanan lain secara berperingkat.

    🩺 Kesihatan Kucing :*
    ✅ Sihat (makan banyak)
    ✅ Lengkap vaksin asas bulanan
    ✅ Hanya perlu sambung vaksin tahunan
    ✅ Buku rekod kesihatan akan diserahkan sekali
    ✅ Sudah dimandulkan
    ✅ Bebas kutu & earmite
    ✅ Bebas cacing
    ✅ Toilet trained

    🥹 Kisah Kucing :*
    Kucing ini bukan dibeli atau dibela dari kecil. Ia datang menumpang dan melahirkan anak di rumah kami. Kami menjaganya sehingga ia selesai melahirkan, menyusu dan membesarkan anak-anaknya. Setelah kucing ini putus susu dengan anak-anaknya, ianya divaksin dan dimandulkan supaya kesihatannya terjamin dan lebih mudah untuk dijaga bagi jangka masa yang panjang.
    Kami tidak dapat menjaga kucing ini kerana kami sudah mempunyai 3 ekor kucing. Kucing ini juga tidak selesa dengan kucing-kucing yang ada di rumah kami. Kami sangat berharap ada mummy/daddy yang benar-benar ikhlas untuk adopt kucing ini dan menjaganya dengan baik seperti sebahagian daripada keluarga. Kami lebih mengutamakan adopter yang sudah bekerja dan mempunyai kemampuan untuk menjaga kebajikannya, sama ada bujang mahupun yang berpasangan.

    🏠 Indoor adopter diutamakan
    🐱 Rumah tanpa kucing lain diutamakan
    ❤️ Serious & responsible adopter sahaja
    📍 Lokasi: Taman Desa Murni, Sungai Dua, Butterworth
    📞 WhatsApp/Call: Ksg satu dua - lima sembilan satu lima ksg lapan tujuh /

    💰 ADOPTION FEE: RM75
mudah_safety_tip

Mudah Safety Tip

For safety precautions, request seller to record product video as proof that the item belongs to them. Find out more safety tips in MudahSafety!

Do you find this ad suspicious or inappropriate?
Report this ad (List-ID: 115856035)
Is this your ad? Manage it using these links.
Price
RM 75
Location
Penang - Butterworth
Share this ad