kucing comel

List-ID: 11568808703 Sep 10:44
Carousel Image Selected
  • Carousel Image
  • Carousel Image
  • Carousel Image
  • Description

  • Specification

  • 🐱 Mencari Rumah Baru untuk Beberapa Ekor Kucing 🏡

    Salam semua. Saya ingin mencari owner/keluarga baru yang sesuai untuk beberapa ekor kucing peliharaan kami kerana kekangan masa untuk memberikan perhatian dan penjagaan seperti sebelum ini.

    Ada beberapa ekor Persian, BSH dan BSH mix Persian, jantan dan betina, semuanya dewasa sekitar 2 tahun ke atas. Masing-masing mempunyai karakter tersendiri — ada yang sangat manja dan mesra, dan ada yang mengambil sedikit masa untuk menyesuaikan diri dengan orang baru.

    Antaranya Persian oren flat face, BSH grey/silver, black Persian mix serta black & white BSH/Persian mix, seperti dalam gambar.

    📍 Lokasi: Jalan Langgar, Alor Setar, Kedah

    Ada sedikit bayaran rehoming yang dikenakan, bergantung kepada kucing. Boleh berbincang secara personal bagi yang benar-benar berminat.

    Sesiapa yang rasa sesuai dan berminat, dialu-alukan untuk datang sendiri melihat kucing-kucing ini terlebih dahulu dan berkenalan dengan mereka sebelum membuat keputusan.

    Boleh PM atau tinggalkan nombor WhatsApp di ruangan komen untuk saya hubungi.

    Harap dapat jumpa rumah baru yang baik untuk mereka. 🐾
mudah_safety_tip

Mudah Safety Tip

For safety precautions, request seller to record product video as proof that the item belongs to them. Find out more safety tips in MudahSafety!

Do you find this ad suspicious or inappropriate?
Report this ad (List-ID: 115688087)
Is this your ad? Manage it using these links.
Price
RM 100
Location
Kedah - Alor Setar
Share this ad