Sedang mencari tuan baharu untuk kucing saya. Kucing ni 3 bulan lepas datang beranak depan rumah saya, jadi saya dan isteri ambil keputusan untuk bela asbab kesian. Ni jenis kucing kampung ya, bukan breed luar negara atau siam.
Tetapi disebabkan masa dan kekangan peribadi serta duduk di flat, tambahan pula mungkin akan berpindah dalam masa terdekat ni saya ambil keputusan untuk beri siapa yang nak bela.
Jangan risau, kucing ni dah belajar untuk buang kencing dan najis di bekas pasir. Jadi tak perlu risau sangat mengenai kebersihan. Anak kucing ni pun dah boleh makan ayam rebus, wetpud dan kibbles keras.
Kalau boleh ambil sekali dengan mak dia, bersama 4 ekor anak. 2 jantan dan 2 betina.
Jika ada yang sudi untuk ambil dan bela, saya amat alu-alukan. Bekas pasir dan makanan saya beri sekali.