Sebab nak letgo: Dah tak guna sangat sekarang, dan saya nak kosongkan ruang tu untuk letak barang lain pulak. Daripada biar membazir, baik lepaskan pada tuan baru.
Fungsi - 10/10
Tiada kerosakan. Dah guna 2 tahun tapi struktur masih macam baru beli. Jarang pakai.
Kondisi luaran - 7/10
Warna kain ada agak pudar (sun-faded) sedikit sebab kedudukan sebelum ni terdedah pada cahaya matahari dekat tingkap. Tiada koyak. Sesuai kalau anda jenis suka pakai sofa cover.
Sofa mudah nak pasang dan cabut.
Harga asal - RM1,278
Harga jual - RM799
Boleh datang, tengok sendiri barang, puas hati baru angkat. Sebab sofa ni jenis boleh cabut-cabut, urusan nak angkut masuk lori/van pun senang.