letgo fon kesayangan XIAOMI MIX FLIP 512GB

List-ID: 116393446Yesterday 17:05
6
XIAOMI MIX FLIP 512GB PURPLE 💜
Premium Foldable Flagship | Snapdragon 8 Gen 3 | Full Set + 10 Items

RM1818 (NEGO!)

NAK RASA PENGALAMAN PAKAI FLAGSHIP FOLDABLE? INI PELUANG ANDA!

Xiaomi MIX Flip 12GB RAM + 512GB Storage – telefon flagship premium dengan design flip yang unik, moden dan bergaya. Hadir dengan cipset berkuasa, kamera Leica dan dua skrin AMOLED dalam satu telefon kompak!

✨ APA YANG BEST?
• Snapdragon 8 Gen 3 – prestasi flagship untuk multitasking, gaming dan aplikasi berat.
• 12GB RAM + 512GB Storage – ruang besar dan support USB-C OTG.
• Main Display 6.86-inch LTPO AMOLED, 1–120Hz.
• Outer Display 4.01-inch AMOLED, 120Hz – notifikasi, widget, kamera dan aplikasi yang disokong tanpa buka telefon.
• Dual 50MP Leica Camera – kamera utama OIS + telephoto 2x.
• Bateri 4,780mAh dengan 67W Xiaomi HyperCharge.
• Xiaomi HyperOS berasaskan Android.

💡 KENAPA FOLDABLE?
Bila dilipat, kompak dan mudah masuk poket. Bila perlukan skrin besar, buka sahaja. Outer screen sangat praktikal ketika outdoor.

🔬 UJIAN ENGSEL
Xiaomi menjalankan ujian makmal sehingga 500,000 kali lipatan dan pensijilan SGS. Bersamaan kira-kira 13.7 tahun pada kadar 100 lipatan sehari. Penggunaan saya pula biasanya kurang 20 kali lipat sehari dan sentiasa cermat.

💎 CONDITION BODY 90% – SANGAT CANTIK!
• Tiada calar ketara, kemek atau kerosakan fizikal.
• Tidak pernah terjatuh sepanjang penggunaan.
• Sentiasa menggunakan casing pelindung termasuk hinge cover.
• Outer screen siap dipasang clear tempered glass tebal berkualiti.
• Telefon sentiasa diletakkan dengan casing menghadap permukaan.
• Skrin utama dan luar, touchscreen, kamera, fingerprint, Wi-Fi dan Bluetooth berfungsi baik.
• Bateri berfungsi baik, tiada isu battery drain luar biasa dikenal pasti.

📦 FULL SET + 10 ITEMS :

1. Kotak asal warna hitam , kotak pun cantik lagi

2. Xiaomi MIX Flip 12GB + 512GB Purple

3. Casing hinge protector , warna putih transparent

4. Casing bercorak bunga , jenis hard shell , cengkerang.

5. Adapter Original Xiaomi 67W charger , fast charging punya original

6. USB-C charging cable (original)

7. Buku user manual dan dokumen asal

8. Clear tempered glass outer screen (yg ni dah siap pasang, tebal , jenis clear senang tengok bawah matahari )

9. Aksesori tali phone (lanyard) + cangkuk

10. USB-C OTG adapter , support untuk sambung ke memori luar sampai 1,000 gb

🎁 BONUS: PENDRIVE 32GB BARU, MASIH DALAM KOTAK! Boleh nego untuk ambil sekali.

OTG telah diuji boleh membaca dan memindahkan fail daripada external hard disk 1TB. Gabungan 512GB dalaman + 1,000gb luaran memberikan akses kira-kira 1.5TB apabila digunakan bersama.

🔄 SOFTWARE
Android 14 asal, menyokong generasi HyperOS lebih baharu. Sokongan kemas kini keselamatan disenaraikan sehingga 18 Julai 2029. Jadi untuk pakai sehingga 2030 fon ni memang tak ada isu masih dapat support update terkini . Sesuai untuk komunikasi, kerja, produktiviti, fotografi, media sosial dan perbankan digital.

🛡️ PERSONAL WARRANTY 1 BULAN daripada penjual untuk isu fungsi dalaman yang dipersetujui. Waranti rasmi Xiaomi dah habis setahun , yang boleh ditawarkan cuma warranty sendiri saja .Dijamin puas hati jangan risau.

💰 RM1818 (NEGO!)
Harga maksimum iklan ni. Tawaran munasabah dialu-alukan. Serious buyer sahaja.

📍 KUANTAN, PAHANG
Keutamaan COD / face-to-face. Boleh datang tengok, periksa dan test telefon sendiri. Postage boleh dipertimbangkan tetapi COD lebih digalakkan.

📞 Ryn :

Terus WhatsApp untuk pertanyaan.
SERIOUS BUYER ONLY! First come, first served. Terima kasih!

Do you find this ad suspicious or inappropriate?

Report this ad (List-ID: 116393446)

Is this your ad? Manage it using these links.