Loceng Tembaga Maritim Jepun Cop Bunga Sakura 5 kelopak Era 50an..
Setiap Kelompok bunga sakura ni ada nama panggilannya tersendiri..
Benda yang hampir wajib ada di bahagian haluan atau dek kapal..
Bukan sekadar loceng tetapi suara di tengah lautan yang digunakan sebagai isyarat ketika kabus tebal, kecemasan, pertukaran syif, malah sebagai identiti kapal itu tersendiri..
Apabila kapal menghampiri atau berlabuh di pelabuhan, dentingan loceng ini bergema sebagai isyarat yang mengumumkan kehadiran sebuah kapal..
Suara tembaga yang nyaring menjadi sebahagian daripada suasana pelabuhan pada zamannya...
Saiz yang agak besar dan berat melebihi 9 kg. Bila dibunyikan dentingannya panjang dan nyaring...
Bunyi yang sukar digambarkan dengan kata² kalau tidak menghayatinya dengan hati yang tenang..
Nak rasa dengaq macam mana bunyinya..?
Kuatkan volume dan rapatkan telefon ke telinga..
Dah dengaq nilaikan sendiri perasaan macam mana kalau dapat memilikinya..😄