Harga asal: RM599
Harga jual: RM539 sahaja
Saiz: XL
Kondisi: Baru / Belum Digunakan
Dijual kerana tersalah pilih saiz dan tidak dapat ditukar.
Untuk rujukan, saya 176cm / 67kg dan saiz XL agak longgar pada saya. Berdasarkan carta saiz, XL disyorkan sekitar 72–82kg, bergantung juga pada bentuk badan dan ukuran dada.
Jaket motosikal sepatutnya dipakai dengan kemas supaya pelindung kekal pada kedudukan yang betul semasa menunggang. Sebab itu saya jual yang ini dan akan ambil saiz yang lebih sesuai.
✅ Jaket riding bersijil CE
✅ Pelindung bahu & siku CE Level 1
✅ Boleh tambah pelindung dada & belakang
✅ Panel mesh besar, sesuai untuk cuaca Malaysia
✅ Liner kalis air LS2 Sheltex boleh ditanggalkan
✅ Jalur reflektif depan & belakang
Siapa cepat dia dapat 👍
Serious buyer boleh PM.