Kamal & Kamal Health Care ialah sebuah syarikat swasta yang menawarkan perkhidmatan profesional jualan, sewaan dan pembekalan untuk produk kebersihan. Syarikat telah ditubuhkan semenjak 28 Disember 1996.
Penerangan kerja:
1. Melaksanakan kerja pembersihan dan penyelenggaraan peralatan kebersihan
seperti tong tuala wanita, pewangi, tisu, sabun cuci tangan & lain-lain.
2.Menjalankan servis mengikut jadual, memastikan kebersihan, kualiti dan fungsi peralatan sentiasa terjaga.
3.Memastikan tugasan dilaksanakan secara efisien, mengikut prosedur dan piawaian syarikat.
4. Berkomunikasi dengan pihak pejabat jika terdapat sebarang masalah yang tidak dapat ditangani sebelum, semasa atau selepas waktu kerja.
5. Mengikut arahan pelanggan dan memberi khidmat nasihat dan pandangan jika perlu. Minta izin pelanggan sebelum memulakan kerja serta menjaga tatasusila sepanjang berada di premis pelanggan.
6. Menjaga ciri-ciri keselamatan harta-benda, manusia, diri sendiri dan haiwan yang perlu diambil kira.
7. Memberi sepenuh kerjasama sepanjang berkhidmat dan menjaga etika kerja serta amanah yang diberikan.
8. Bertanggungjawab melatih serta memberikan tunjuk ajar sebaiknya kepada juruteknik di bawah seliaan.
9. Memahami dan mematuhi semua perkara yang terkandung di dalam Buku Panduan Pekerja.
10. Memahami dan mematuhi semua perkara yang terkandung di dalam Do’s & Don’ts.
Kriteria:
- Rajin, komited, berdisiplin & boleh bekerja sendiri.
- Kemahiran berkomunikasi dan penampilan imej yang baik
- Sihat fizikal & mental serta mampu kerja lasak.
Syarat kerja:
✅️Perempuan berusia 25 - 45 tahun.
✅️Sihat tubuh badan & kerja kuat.
✅️Boleh melakukan kerja pembersihan & penyelenggaraan.
✅️Memiliki lesen memandu D diutamakan.
✅️Berdisiplin, proaktif & bertanggungjawab
Tawaran gaji:
Gaji Bulanan: RM1,700.00
Sah Jawatan (4 Bulan): RM1,800.00
Bayaran gaji setiap 1 hb
Hari & Waktu Syarikat Beroperasi:
Isnin - Jumaat : 8.30am - 5.30pm
Sabtu : 8.30am - 1.00pm
*Elaun Kerja RM300.00 - RM450.00 sebulan dan akan dibayar pada 7hb setiap bulan.
Tarikh Temuduga akan dimaklumkan pada calon yang disenarai pendek.
Alamat Pejabat:
No. 24, Jalan Melur 43, Taman Melur, 68000 Ampang, Selangor.
Telefon: 03.4297 4853
Jika berminat dan memenuhi kelayakan, sila email resume ke hr@kamalandkamal.com dan hubungi segera 019.392 3992.

Jobs