JAWATAN KOSONG
CLINIC ASSISTANT | PEMBANTU KLINIK
KLINIK LYANA — SEKSYEN 22, SHAH ALAM
Kami sedang mencari individu yang AMANAH, TELITI, BERTANGGUNGJAWAB dan MENEPATI MASA untuk menyertai pasukan Klinik Lyana!
Kami bukan sekadar mencari seseorang untuk bekerja di kaunter. Kami mencari individu yang boleh dipercayai, teliti dan cermat menjaga ketepatan rekod dan bayaran- serta memastikan urusan klinik berjalan dengan lancar. Individu yang meneyelesaikan amanah kerja diberi walaupun tanpa pengawasan berterusan.
Lokasi: Alam Idaman Apartment, Seksyen 22, Shah Alam
GAJI POKOK: RM1,700 – RM2,000
EPF & SOCSO
Elaun & OT
Medical benefit
Peluang latihan & perkembangan kerjaya
Bekerja 6 hari seminggu + 1 hari rehat
Waktu bekerja 45jam seminggu tidak termasuk OT
Boleh bekerja lebih masa (OT dibayar) & boleh bekerja shif ptg/mlm/hujung minggu/PH
TUGAS & TANGGUNGJAWAB
Mengurus pendaftaran dan rekod pesakit dengan tepat
Mengendalikan bil, bayaran dan transaksi kaunter dengan teliti
Membantu urusan tuntutan panel dan dokumentasi berjadual
Membantu doktor dalam operasi harian klinik (termasuk inventori stok dll.)
Membantu sistem pentadbiran klinik
Menjaga kebersihan, kekemasan dan layanan profesional kepada pesakit
KRITERIA CALON
Minimum SPM atau kelayakan setaraf
Mahir menggunakan sistem komputer, Google Docs, Words, Excel
Jujur, amanah dan bertanggungjawab
Teliti dalam mengendalikan wang, rekod dan dokumen
Menepati masa serta mampu mengurus tugasan mengikut keutamaan
Boleh menggunakan komputer dan mempelajari sistem klinik
Boleh berkomunikasi dengan baik dan bekerja dalam pasukan
Pengalaman bekerja di klinik adalah satu kelebihan. Calon tanpa pengalaman juga dialu-alukan untuk memohon sekiranya bersedia belajar dan mengikuti SOP.
BERMINAT? E-MAIL RESUME ANDA KE klinik.lyana@gmail.com
Sila hantarkan resume anda dengan maklumat berikut:
1. Nama penuh
2. No IC
3. Umur
4. Alamat tempat tinggal sekarang
5. Kelayakan akademik
6. Pengalaman kerja (sertakan tempat bekerja dan tempoh; cth: Sykt. A dari Jun2023-Jun 2024, Sykt, B Julai 2024-kini)
7. Gaji yang dijangkakan
8. Tarikh boleh mula bekerja
Sertai pasukan kami dan bantu kami memberikan perkhidmatan kesihatan yang berkualiti kepada komuniti.
#JawatanKosong #KerjaKosongShahAlam #PembantuKlinik #ClinicAssistant #KlinikLyana

Jobs