PERSONAL ASSISTANT (PA) CUM DISPATCH
Syarikat kami yang berpangkalan di Bandar Baru Bangi sedang mencari calon bagi jawatan Personal Assistant (PA) cum Dispatch.
Skop Tugas:
* Bertindak sebagai Pembantu Peribadi (PA) kepada Pengasas syarikat.
* Melaksanakan tugasan dan urusan harian Pengasas mengikut arahan syarikat atau Pengasas, termasuk memandu, urusan bank, pembelian barangan, penghantaran kenderaan untuk servis, pembaikan, pemeriksaan serta lain-lain tugasan yang berkaitan.
* Menghantar dan mengambil surat, dokumen serta barangan.
* Menjalankan tugasan dispatch dan urusan pejabat bagi VI Security Sdn. Bhd.
* Menjalankan tugasan dispatch bagi syarikat berkaitan yang mengendalikan peralatan elektronik dan alat ganti kenderaan (elaun tambahan disediakan).
* Menjalankan lain-lain tugas yang diarahkan oleh pihak pengurusan dari semasa ke semasa.
KELAYAKAN
* Lelaki berumur 30–45 tahun.
* Sihat tubuh badan.
* Kelayakan akademik : minimum SPM
* Mempunyai pengalaman kerja sekurang-kurangnya 1–3 tahun.
* Mempunyai lesen memandu B & D yang sah.
* Mahir dengan jalan-jalan di sekitar Lembah Klang.
* Jujur, amanah, bertanggungjawab dan berdisiplin.
* Bersedia bekerja lebih masa sekiranya diperlukan.
GAJI
Gaji Bulanan RM 3200.00 termasuk elaun.
Elaun tambahan disediakan bagi tugasan dispatch untuk syarikat berkaitan.
Sekiranya berminat, sila hantar resume ke services@visecurity.com.my atau hubungi +60 3 8922 2752.

Jobs