Pusat Pengajian Al Baghdadi cawangan Bandar Baru Sentul kini membuka peluang kepada Ustaz dan Ustazah yang berkelayakan, berpengalaman serta mempunyai minat mendalam dalam bidang pengajaran Al-Quran untuk bersama-sama menyertai pasukan kami.
Kami percaya bahawa mengajar Al-Quran bukan sekadar pekerjaan, tetapi satu amanah dan peluang untuk meraih pahala yang berpanjangan.
KAMI MENCARI ANDA YANG:
✅ Mempunyai pengalaman mengajar Al-Quran
✅ Boleh mengajar kelas dewasa dan kanak-kanak
✅ Mempunyai komitmen dan dedikasi dalam mendidik
✅ Bersedia untuk terus belajar dan meningkatkan kemahiran
🎁 LATIHAN AKAN DISEDIAKAN.
✨ Mengapa peluang ini istimewa?
Bayangkan setiap huruf Al-Quran yang dibaca oleh anak murid hasil bimbingan kita, menjadi sebahagian daripada saham kebaikan yang terus mengalir.
Mungkin inilah peluang untuk anda menjadikan ilmu yang dimiliki sebagai jalan menyebarkan manfaat kepada lebih ramai umat Islam.
📲 BERMINAT & BERKELAYAKAN?
Jangan lepaskan peluang ini!
Hantarkan resume melalui:
Email: aizat.albaghdadi@gmail.com
No telefon: 010-796 7597
Ustaz Aizat
Pengurus Pusat Pengajian Al Baghdadi

Jobs