PENERANGAN KERJA
Syarikat kami sedang mencari pemandu lori 10 tayar yang berpengalaman dan bertanggungjawab untuk mengangkut premix bagi projek penurapan jalan di sekitar Negeri Sembilan.
SKOP KERJA
- Mengangkut dan menghantar premix dari kilang ke lokasi projek.
- Memastikan penghantaran dilakukan dengan selamat dan mengikut jadual.
- Mematuhi arahan penghantaran yang ditetapkan oleh pihak pengurusan.
- Menjaga kebersihan dan memastikan lori berada dalam keadaan baik.
- Mematuhi peraturan keselamatan jalan raya dan prosedur syarikat.
SYARAT KELAYAKAN
- Mempunyai lesen memandu yang sah dan bersesuaian dengan jenis lori.
- Berpengalaman memandu lori 10 tayar.
- Pengalaman mengangkut premix merupakan satu kelebihan.
- Bertanggungjawab, berdisiplin dan menepati masa.
- Bersedia bekerja mengikut jadual dan keperluan projek.
GAJI DAN FAEDAH
- Pendapatan berdasarkan komisen.
- Komisen dikira berdasarkan jumlah tan premix yang dihantar.
- Kadar komisen dan kaedah pembayaran akan diterangkan semasa temu duga.
CARA MEMOHON
Calon yang berminat boleh menghubungi:
NURHAFIQA 0132780354

Jobs