Kami sedang mencari Guru Tadika yang bersemangat, kreatif, dan penyayang untuk menyertai pasukan kami.
Calon yang berjaya akan bertanggungjawab untuk memupuk perkembangan intelek, sosial, dan emosi kanak-kanak (berumur 4-6 tahun) dalam persekitaran yang selamat dan menyeronokkan.
Anda akan memainkan peranan penting dalam membina asas pembelajaran awal yang kukuh bagi pelajar kami.
Tanggungjawab Utama
Penyediaan Kurikulum
Mewujudkan persekitaran pembelajaran yang positif, teratur, dan selamat yang menggalakkan penyertaan aktif kanak-kanak.
Menjalankan aktiviti kreatif seperti bercerita, seni dan kraf, muzik, permainan luar, dan eksperimen sains ringkas.
Memantau dan merekod perkembangan setiap kanak-kanak (akademik, tingkah laku, dan kemahiran motor).
Memastikan keselamatan dan kebersihan kanak-kanak sentiasa terjaga, termasuk membantu dalam pengurusan diri (makan, kebersihan, dan waktu rehat).
Berkomunikasi secara profesional dengan ibu bapa mengenai kemajuan anak-anak mereka dan melibatkan diri dalam mesyuarat atau acara sekolah.
Syarat Kelayakan & Kemahiran
Pendidikan: Minimum SPM & Diploma dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak adalah satu Kelebihan.
Pengalaman: Sekurang-kurangnya 1-2 tahun pengalaman mengajar di tadika adalah satu kelebihan (Graduan baharu digalakkan memohon).
Personaliti: Mempunyai sifat sabar yang tinggi, ceria, kreatif, dan benar-benar menyayangi kanak-kanak. Solat lima waktu & boleh bekerja dalam kumpulan.
Kebolehan mengajar Al-Quran/Iqra' dan asas fardu ain.
Waktu bekerja (7:00 pagi ā 6:30 petang).
Cuti Sabtu, Ahad & Cuti Umum.
Tempat tinggal & dobi disediakan.
Gaji RM1700+KWSP & SOCSO.
Bonus Tahunan.
Sila hantarkan hubungi Puan Ika di 0133189412 untuk maklumat lanjut.