Stroller ini sangat sesuai untuk para ibu kerana dilengkapi casis aluminium yang ringan, menjadikannya mudah dikendalikan sambil memberi sokongan padu kepada bayi. Unit tempat duduknya boleh ditanggalkan dan mempunyai 5 posisi baring. Stroller ini juga serasi dengan tempat duduk kereta (car seat) untuk membentuk sistem perjalanan (travel system) yang hebat. Selain itu, ia menggunakan sistem lipatan teleskopik di mana kebanyakan bahagian boleh ditanggalkan untuk memudahkan penyimpanan, serta boleh berdiri sendiri selepas dilipat. Sangat praktikal dan menyeronokkan!