Nataqyaein, Hairi dan Arman membangkitkan pelbagai kisah hanya berpunca dari sebuah pertemuan biasa yang tidak diduga..
"Dalam seribu yang suka padamu, aku tergolong antaranya, DI celah seratus yang sayang padamu, aku ada di tengah-tengahnya. Kalau sepuluh yang kasih padamu, aku seorang dari mereka, Tetapi... jika di dunia ini cuma tinggal satu yang cinta padamu, AKULAH ORANGNYA!" madah yang diungkap Arman lebih menyentuh rasa.
Ein keliru pada kehendak dan tindakannya yang tidak selari. Benak Ein saat ini mentafsir, kedudukan Arman sama seperti bumi. Di atasnya Ain memang perlu untuk berpijak, tapi malang kaki Ein yang berdiri seorang tidak berjejak.
Langit pula mewakili kewujudan Hairi. Saat Ein mendongak, warna langit yang terbias mendamaikan gelora di jiwanya, Sangka Ein Langit itu rendah, dia cuba melompat sambil tangannya menggapai. Hajat hati, langit ingin dicapai. Akhirnya Ein sedar pada hakikat. Kebenarannya; langit itu terletak jauh dan tidak mampu bagi Ein untuk sampai.