Parang Ilang. Diperbuat di negeri Sarawak. Kebiasaannya parang ilang merupakan senjata tradisional kaum Iban diperbuat dari sejenis besi dari jenama Land Rover. Ditempa berulang kali bagi memastikan logam besi memiliki kekerasan pada tahap tinggi dan disepuh menggunakan air tanah. Pada suatu ketika dahulu, parang ilang adalah lambang kepahlawanan masyarakat Iban dan satu kebanggaan memiliki parang ilang ini. Keupayaan parang ilang atas sebab ketajamannya berupaya memenggal leher musuh dengan sekali tebasan sahaja.