Job Description
### Tanggungjawab Utama
- Berkomunikasi dengan baik dalam Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, dan bahasa tambahan (Tamil/Bengali/Mandarin adalah kelebihan).
- Menjalankan komunikasi yang jelas dan profesional dengan pelanggan, termasuk follow-up untuk memastikan pesanan berjalan lancar.
- Memahami keperluan, pilihan, dan permintaan pelanggan serta menyampaikan maklumat kepada pereka grafik atau melaksanakan sendiri jika perlu.
- Melaksanakan tugas secara multi-tasking dengan cekap dan teratur.
- Memberikan bantuan yang diperlukan untuk memastikan kepuasan pelanggan.
- Bertindak balas terhadap aduan pelanggan, menjalankan siasatan kes aduan, dan mencari penyelesaian yang sesuai.
- Mengurus semua pertanyaan jualan daripada pelanggan dan bakal pelanggan mengenai produk percetakan.
- Melaksanakan tugas-tugas tambahan atau berbangkit apabila diperlukan oleh pihak pengurusan.
### Kelayakan & Kemahiran
- Kemahiran komunikasi yang baik, mesra, dan profesional.
- Mampu bekerja secara berdikari dan juga dalam pasukan.
- Berdisiplin, bertanggungjawab, dan mempunyai sikap positif terhadap kerja.
- Pengalaman atau pengetahuan dalam perisian grafik (Adobe Illustrator, Photoshop, CorelDRAW, dsb.) akan diberikan keutamaan.
- Calon dengan kemahiran grafik yang kukuh akan ditawarkan gaji lebih tinggi berbanding kadar asas yang ditawarkan sekarang.
- Kemahiran asas komputer (Microsoft Office, WhatsApp Business, e-mel) diperlukan.
### Kelebihan Bekerja di Legasi Shah Fast Print
- Persekitaran kerja yang mesra dan profesional.
- Peluang untuk membina kemahiran dalam bidang percetakan, grafik, dan pemasaran.
- Latihan dalaman disediakan untuk meningkatkan prestasi kerja.
- Ganjaran gaji lebih kompetitif untuk calon berpengalaman dalam software grafik.
Job Details
| Job Info & Requirement |
|---|
| Contract Type | |
| Job Type | |
| Experience Level | |
| Job Categories | |
| Minimum Education Required | CUSTOMER SERVICE AT MULTI SERVICE PRINTING SHOP COUNTER |
| Language Required | English, Bahasa Malaysia, Mandarin/Cantonese, Tamil, Others |
| Nationality Preferred | |
| Gender Preferred | |
| Own Transport | |
| Salary & Other benefits |
|---|
| Salary | RM 2,200 to RM 2,500 per month |
| Other Benefit (Optional) | EPF SOCSO DAN UNDANG2 COMPLIANCE |