Pemandu Peribadi

List-ID: 11615809128 Oct 09:35

Job Description

Keperluan Lokasi
• Calon menetap di kawasan Nilai dan bersedia untuk berulang-alik atau mengikuti jadual perjalanan mengikut keperluan kerja di Selangor dan Kuala Lumpur.
• Calon lelaki dan wanita yang mempunyai pengalaman sebagai pemandu peribadi adalah digalakkan untuk memohon.

Tugas dan Tanggungjawab
• Menyediakan perkhidmatan pengangkutan eksklusif memastikan Pengarah sampai ke destinasi tepat dan selamat.
• Memastikan lesen memandu sentiasa sah.
• Sentiasa menyemak cukai jalan (ROTEX) kenderaan agar sah setiap masa.
• Pastikan mempunyai rekod penyelanggaran kenderaan agar dapat merancang penghantaran untuk service.
• Mengenali sebarang kerosakan kenderaan dan membuat laporan serta-merta.
• Membuat semakan keadaan kereta dan memanaskan enjin 1-2 minit sebelum memulakan perjalanan. Perlu mengisi jadual senarai semakan yang disediakan setiap hari.
• Berpakaian kemas, menjaga kebersihan/kesihatan diri dan bersikap professional setiap masa.
• Sentiasa mematuhi peraturan jalan raya dan memastikan setiap perjalanan kekal selamat.
• Perlu pengetahuan dalam selok belok jalan di Kuala Lumpur, Selangor dan mana-mana yang kerap dikunjungi oleh Pengarah.
• Memastikan kenderaan sentiasa bersih dan diselenggara dengan baik.
• Permohonan cuti adalah atas budi bicara Pengarah berdasarkan jadual perjalanan beliau pada ketika itu.
• Sentiasa menumpukan perhatian di sekeliling kenderaan dan bersikap waspada.
• Tidak dibenarkan merokok sama sekali di dalam mahupun diluar kenderaan.
• Perlu memberhentikan enjin ketika menunggu, Idling tidak dibenarkan.
• Perlu melaksanakan sebarang urusan peribadi Pengarah apabila diperlukan.
• Bersedia melaksanakan segala tugasan lain diarahkan oleh Pengarah dari masa ke semasa.


Syarat-syarat dan faedah yang ditawarkan
• Berumur 28 - 45 tahun
• Cuti Tahunan
• Cuti Sakit
• Caruman Berkanun (KWSP, PERKESO dan SIP)
• Kemudahan perubatan sebanyak RM 500.00 setahun
• Insurance perubatan

Waktu & Hari Bekerja:
• Hari Bekerja: Isnin - Sabtu
• 8.00pagi - 5.00petang
• Hujung Minggu / Public Holiday: Bergantung kepada arahan/tugasan daripada Pengarah

Pengambilan Segera
• Calon yang berminat boleh menghantar resume ke alamat e-mel atau menghubungi untuk maklumat lanjut

Job Details

Job Info & Requirement
Contract TypeFull-time
Job TypeNon-Executive
Experience Level1-3 years
Job CategoriesOthers
Language RequiredBahasa Malaysia
Nationality PreferredMalaysians Only
Gender PreferredAll Genders
Own TransportNone
Salary & Other benefits
Salarymaximum RM 2,800 per month

Do you find this ad suspicious or inappropriate?

Report this ad (List-ID: 116158091)

Is this your ad? Manage it using these links.