JAWATAN KOSONG: PEMBANTU PENGURUS PROJEK (KEMASUKAN SEGERA!!!) Syarikat: ARC Berkat Agro Food Sdn Bhd
Lokasi Pejabat: Pusat Jualan ARC, Kg. Kubu Gajah, Sungai Buloh, Shah Alam. (Calon mestilah bersedia untuk bekerja di mana-mana tapak projek yang ditugaskan).
Tugas / Skop Kerja ☑ Reka Bentuk & Pelan Tapak: Menyelidik, merancang, dan menyediakan lukisan pelan tapak (drawing plan) yang tepat mengikut keperluan teknikal operasi.
☑ Ukuran Tapak: Melakukan ukuran tapak dan memastikan susun atur komponen projek (termasuk sistem akuakultur/bioflok dan bangunan sokongan) adalah efisien dan selamat.
☑ Pengurusan Kos: Menyediakan dokumen Bill of Quantities (BQ) yang lengkap merangkumi anggaran kos perolehan bahan, peralatan, dan upah kerja binaan.
☑ Kawalan Bajet: Memantau bajet projek bagi memastikan penggunaan kos tidak melebihi peruntukan yang ditetapkan.
☑ Keselamatan Tapak (Safety & Health): Memastikan aspek keselamatan dipatuhi sepenuhnya di tapak sepanjang tempoh pembinaan serta menyediakan pelan kawalan risiko.
☑ Urusan Lesen & Utiliti: Menguruskan dokumentasi permohonan lesen/permit pembinaan daripada PBT/agensi berkaitan, serta urusan teknikal bekalan utiliti utama (TNB & Pihak Berkuasa Air).
☑ Pasca-Projek (Monitoring): Melakukan tinjauan menyeluruh (overview) ke atas projek yang siap, menilai prestasi operasi, mengenal pasti ralat/kerosakan (defect), dan menyediakan project closure report.
☑ Tugasan Am: Membantu pentadbiran, koordinasi pasukan, operasi harian projek, dan menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengarah Urusan atau Pengurus Besar.
Syarat Kelayakan ☑ Umur: 19 – 35 tahun.
☑ Min Diploma dalam bidang berkaitan (Pengurusan Projek/Kejuruteraan/Seni Bina/Ukur Bahan/Akuakultur atau setaraf).
☑ Mobilisasi: Bersedia untuk turun dan bekerja di mana-mana lokasi tapak projek yang ditugaskan oleh syarikat.
☑ Berperwatakan kemas, rajin & boleh ikut arahan.
☑ Mahir basic komputer (Word, Excel) & perisian reka bentuk (cth: AutoCAD) adalah satu kelebihan.
☑ Jujur, bertanggungjawab & boleh bekerja dalam pasukan.
☑ Mempunyai lesen memandu (D/DA & B2).
❗ SYARAT MANDATORI: Bebas dadah & rekod jenayah & JUJUR.
Gaji & Faedah ☑ Gaji Basic: RM1,800
☑ Elaun Khas Tugas: RM100 - RM500
☑ Elaun Tambahan: Elaun makan disediakan jika bertugas di luar kawasan (outstation).
☑ Kemudahan tempat tinggal disediakan.
☑ Bersedia untuk turun ke tapak projek.
☑ KWSP & PERKESO & HRDCorp
☑ Latihan dan tunjuk ajar akan diberi sepenuhnya
☑ Kenaikan gaji & pangkat berdasarkan prestasi
Waktu Bekerja ▶ Isnin – Sabtu : 8.30 pagi – 5.30 petang
▶ Rehat : 1.00 tghr - 2.00 petang ;
▶ Kecuali Jumaat 12.30 tghr - 2.30 petang
Cara Memohon Hantar resume ke WhatsApp: /
Atau email:
Hanya calon yang disenarai pendek akan dipanggil temuduga.