1. Menghantar dan mengambil pekerja asing dari asrama ke tempat kerja mengikut jadual yang ditetapkan.
2. Memastikan pekerja tiba di tempat kerja dengan selamat dan tepat pada masanya.
3. Menghantar pekerja ke klinik, hospital, FOMEMA, pejabat imigresen, lapangan terbang dan lokasi lain apabila diperlukan.
4. Membuat penghantaran barangan mingguan ke kilang-kilang dan lokasi yang ditetapkan.
5. Memastikan kenderaan sentiasa bersih, selamat dan dalam keadaan baik.
6. Membuat pemeriksaan asas kenderaan seperti minyak enjin, tayar, brek dan lampu sebelum dan selepas digunakan.
7. Melaporkan sebarang kerosakan, kemalangan atau masalah kenderaan kepada pihak pengurusan dengan segera.
8. Menyimpan rekod perjalanan dan penggunaan minyak kenderaan.
9. Menghantar kenderaan ke PUSPAKOM atau pusat servis/penyelenggaraan jika diperlukan.
10. Mematuhi semua peraturan jalan raya, polisi syarikat dan prosedur keselamatan.
11. Menjalankan tugasan lain yang berkaitan seperti diarahkan oleh pihak pengurusan.