Assalamualaikum / Salam sejahtera,
Saya ada sepasang tongkat ketiak (medical crutches) terpakai untuk disumbangkan secara PERCUMA (infaq) kepada sesiapa yang betul-betul memerlukan.
Keadaan masih sangat baik, bersih dan kukuh. Ketinggian tongkat dan tempat pemegang boleh dilaraskan (adjustable) mengikut kesesuaian pengguna. Material dari aluminium yang ringan tetapi tahan lasak, dilengkapi pelapik getah pada ketiak, pemegang dan tapak bawah.
Diberi keutamaan kepada individu yang cedera/sakit dan kurang berkemampuan untuk membeli yang baharu.
Sila datang ambil sendiri di kawasan Larkin, JB.
Terima kasih.