Restoran Kambing Bakar Corner Lot di Setia Alam

URGENT
List-ID: 11480728827 May 08:02
Carousel Image Selected
  • Carousel Image
  • Carousel Image
  • Carousel Image
  • Carousel Image
  • Carousel Image
  • Carousel Image
  • Description

  • Specification

  • RESTORAN KAMBING BAKAR CORNER LOT DI SETIA ALAM (HIGH MARGIN, READY OPERATION)

    Saya ingin melepaskan satu perniagaan F&B yang lengkap bukan sekadar resipi, tetapi sistem dan aset sebenar yang sedang berjalan. 100% Complete dan sudah running lebih dari 7 tahun.

    Sesuai untuk individu yang nak terus berniaga tanpa perlu melalui fasa "trial and error". Ambil alih hari ni, esok boleh terus buat sales. Sebab restoran ni memang tengah running.

    APA YANG TERMASUK:
    * 1 Unit kedai Cornet Lot: Lokasi cantik. Lengkap dengan dekorasi, sistem pendawaian, dan papan tanda LED.
    * Sistem Operasi: Dari pengurusan stok order hingga ke teknik pembuatan dan masakan.
    * Staf Sedia Ada: 8 orang staf berpengalaman yang sudah mahir dengan SOP kedai.

    KELEBIHAN BISNES INI:

    1. Produk Evergreen & Permintaan Tinggi
    Kambing Bakar Blackpaper, Kambing Bakar Madu, Ayam Penyet, Bawal Penyet, Talapia Penyet, Keli Penyet, Puyuh Penyet, Sup Kambing, Ayam Gepuk, Pelbagai Ice Blended, Dessert dan macam-macam side menu.
    Semua adalah makanan "premium" yang sentiasa dicari. Kami fokus kepada bahagian kambing yang lembut dan kualiti gred import.

    2. Formula perapan ini adalah hasil R&D sendiri. Rasa yang meresap hingga ke tulang dan tidak berbau hamir. Kami juga sertakan formula Sos Black Pepper rahsia yang menjadi kegemaran pelanggan.

    3. Model Bisnes Mudah Scale-Up
    SOP disusun supaya anda boleh buka cawangan kedua (kontena/gerai) dengan mudah menggunakan sistem yang sama.

    4. Margin Keuntungan Tinggi
    Margin keuntungan kasar perniagaan ini adalah sekitar 45% hingga 55% bergantung kepada harga bekalan daging dan kawalan kos sampingan.

    5. Operasi Ringkas (Tidak Bergantung Pada Chef)
    Manual SOP disediakan supaya staf biasa pun boleh membakar kambing dengan rasa yang konsisten. Ini mengurangkan risiko jika berlaku pertukaran staf.

    SENARAI ASET & PERALATAN LENGKAP:

    * 1 Unit Ice Machine Heavy Duty yang dapat menampung 10beg ice dalam satu masa.
    * 2 Unit Commercial Grill (LPG): Heavy duty untuk pembakaran volume besar.
    * 3 Unit Chest Freezer: Untuk simpanan stok kambing perap.
    * 3 Unit Chiller 2 Pintu: Untuk simpanan sayuran, sos, dan minuman.
    * 1 Set POS System: Termasuk iPad/Tablet, printer resit, dan laci tunai.
    * Peralatan Dapur: Pisau chef, papan pemotong, bekas perapan (stainless steel), dan penyepit.
    * Aset Pelanggan: 40 set meja & 200 unit kerusi (industrial).
    * Sistem CCTV: 16 unit kamera dengan akses pantauan telefon pintar.

    BONUS STOK & IP (INTELLECTUAL PROPERTY):
    * Stok Awal: 20kg kambing perap sedia jual untuk pembeli pertama.
    * Formula & SOP: Video tutorial teknik memotong, perapan, dan pembakaran.
    * Database Supplier: Hubungan terus dengan pembekal daging kambing harga borong.
    * Media Sosial: Akaun FB/IG/TIKTOK (100,000+ followers)

    HARGA:
    Harga : RM147,000
    Harga boleh bincang untuk buyer serius.

    Harga ini adalah nilai keseluruhan aset, sistem, dan jenama yang sudah dikenali. Anda masuk, cuci kaki, dan terus jana cashflow.
    PM untuk maklumat lanjut dan sesi viewing tapak.
    Serius buyer sahaja. Peluang terhad!

    REASON FOR SALE:
    * Baru sahaja kehilangan isteri yang sudah 10 tahun membangunkan sama-sama bisnes ini. Sudah hilang semangat dan ingin fokus kepada bisnes lain yang sedia ada.

    Nota Tambahan:
    Kalau anda tiada pengalaman dalam menguruskan restoran, tak perlu risau.. saya akan ajar A-Z macamana nak urus restoran tanpa tauke sendiri perlu ada duduk hari-hari di restoran. Kerja operasi semua staff yang uruskan.

    URGENT FOR SALES.
    Boleh terus contact partner saya segera sekiranya berminat:
    Hafizi
mudah_safety_tip

Mudah Safety Tip

For safety precautions, meet the landlord in person and inspect property throughly before transferring any payments. Find out more safety tips in MudahSafety!

Do you find this ad suspicious or inappropriate?
Report this ad (List-ID: 114807288)
Is this your ad? Manage it using these links.
Price
18%RM 147,000
RM 120,000
Location
Selangor - Setia Alam
Private
Joined since: May 2026
Share this ad