Job Description
Qudwah Group sedang mencari individu yang berkeyakinan, bersemangat dan berminat dalam bidang jualan serta pemasaran untuk menyertai pasukan kami sebagai Sales & Marketing Executive.
Anda akan berperanan membantu syarikat mengembangkan pasaran, membina hubungan dengan pelanggan dan meningkatkan jualan produk serta perkhidmatan syarikat. Jika anda seorang yang suka berinteraksi dengan orang ramai, mempunyai semangat mencapai sasaran dan ingin membina kerjaya dalam bidang jualan, kami mengalu-alukan permohonan anda.
TANGGUNGJAWAB
✅ Mencari dan membangunkan pelanggan baharu bagi produk dan perkhidmatan syarikat.
✅ Menghubungi prospek melalui telefon, WhatsApp, media sosial dan platform digital yang berkaitan.
✅ Memberi penerangan, konsultasi dan cadangan penyelesaian kepada pelanggan mengikut keperluan mereka.
✅ Menjalankan aktiviti susulan (follow-up) bagi meningkatkan kadar penutupan jualan.
✅ Membina dan mengekalkan hubungan yang baik dengan pelanggan sedia ada.
✅ Menyediakan sebut harga (quotation), proposal dan dokumen berkaitan jualan.
✅ Membantu merancang serta melaksanakan kempen pemasaran dan promosi syarikat.
✅ Menguruskan pertanyaan pelanggan melalui telefon, WhatsApp, emel dan media sosial.
✅ Mengemaskini rekod pelanggan, aktiviti jualan dan laporan berkala dalam sistem syarikat.
✅ Mencapai KPI dan sasaran jualan yang ditetapkan oleh syarikat.
✅ Menghadiri mesyuarat, latihan dan program pembangunan yang dianjurkan syarikat.
✅ Melaksanakan tugasan lain yang diarahkan oleh pihak pengurusan dari semasa ke semasa.
KELAYAKAN
✅ Lepasan Diploma / Ijazah digalakkan memohon.
✅ Mempunyai kemahiran komunikasi yang baik.
✅ Berminat dalam bidang jualan dan pemasaran.
✅ Berdisiplin, proaktif dan mempunyai sikap positif.
✅ Boleh bekerja secara individu dan berkumpulan.
✅ Pengalaman dalam bidang jualan adalah satu kelebihan tetapi bukan keutamaan.
FAEDAH & KELEBIHAN
💰 Gaji Asas + Komisen Jualan (Based on target sales)
📈 Peluang kenaikan pangkat berdasarkan prestasi
🎯 Latihan dan bimbingan disediakan
🏢 Persekitaran kerja yang positif dan profesional
📚 Peluang membina kerjaya dalam bidang Sales & Marketing
Kenapa Sertai Kami?
✔ Komisen tanpa had berdasarkan prestasi.
✔ Peluang belajar secara terus daripada pasukan pengurusan yang berpengalaman.
✔ Laluan kerjaya yang jelas untuk menjadi Team Leader atau Manager.
✔ Sesuai untuk calon yang ingin membina kerjaya jangka panjang dalam bidang jualan dan pemasaran.
Job Details
| Job Info & Requirement |
|---|
| Contract Type | |
| Job Type | |
| Experience Level | |
| Job Categories | |
| Language Required | |
| Nationality Preferred | |
| Gender Preferred | |
| Own Transport | |
| Salary & Other benefits |
|---|
| Salary | RM 2,300 to RM 3,500 per month |