Sebuah tablet premium dari Samsung model Galaxy Tab S8 Ultra. Siri Ultra merupakan siri yang paling high end untuk Tab series Samsung. Condition 9.5/10 lawa habis. Skrin bebas daripada burn dan shadow. Set Original Malaysia dengan sokongan kad sim. Harga mula keluar dulu RM5899. Saya bagi casing flip berserta screen protector siap pasang. TIADA S PEN, CHARGER DAN CASING KEYBOARD. Cod area Pendang dan berdekatan.
Kelebihan Tablet ini:
- Skrin 14.6 inci 3K Quad HD Super AMOLED 120hz dengan sokongan HDR10+. Skrin sama saiz dengan laptop. Besar dan sangat best buat kerja dan layan movie/video. Antara android dengan skrin terbesar sekali. Skrin buatan Samsung memang takleh sangkal sangat cantik.
- Support Nano Sim 5G. Set Malaysia jadi takdak masalah dari segi line dan connection. Senang tablet support sim card, tak perlu cari tempat ada wifi atau buka hotspot kalau nak buat kerja.
- Updated to Android 16 dan menggunakan OneUI dari Samsung. Ramai reviewer mengatakan UI Samsung sangat bagus untuk tablet. Macam2 feature ada sesuai untuk buat kerja dan produktivi. Dari pandangan saya, yang sebelum ni guna tablet Xiaomi HyperOS, memang Samsung lagi bagus dari segi UI dia.
- Dikuasakan Chipset Snapdragon 8 Gen 1. Chipset flagship dari Snapdragon yang masih powerful even pada tahun 2026. Untuk buat kerja, memang takde isu. Gaming pun masih mampu.
- Sokongan RAM 12GB Physical dan 12GB Software, menjadikan total 24GB RAM. Dah level2 PC dah. Storage dalaman 256GB jenis UFS jadi memang laju bukak tutup file, seakan-akan SSD. Tak cukup? Jangan risau tablet ni support SD card, dan boleh tambah sehingga 1TB.
- Kamera Tab S8 Ultra 5G support dual camera depan dan belakang, dengan sokongan lensa ultralebar. Sesuai untuk digunakan pada online meeting dan conference. Kedua2 kamera depan dan belakang menyokong rakaman 4K sehingga 60fps. Jarang tablet dapat kamera macamni.
- Stereo Speaker dengan 4 individual speaker, menghasilkan bunyi yang berdentam-dentum, sesuai untuk multimedia consumption.
- Support HDMI out dimana Tablet ini boleh cucuk ke TV, Projector atau Monitor. Sesuai untuk presentation dan main game tanpa delay. Kalau cucuk, dapat Samsung Dex, UI special Samsung seakan-akan PC Windows. Cukup power untuk multitasking. Kalau beli tablet Samsung model A atau FE, tak dapat feature ni.Â
- Fingerprint Under Display. Banyak tablet hanya mengharapkan password atau face unlock yang tak berapa selamat. Tab S8 Ultra didatangkan dengan fingerprint sensor. Senang nak unlock tanpa isu.
- Bateri besar 11200 mah yang besar. Bateri sangat tahan, berjam-jam takde isu. Caj pun laju sehingga 45W, sama dengan Samsung model S Ultra.
- Support S Pen, sesuai untuk catat nota, editing dan sign dokumen. Harga S pen murah je bawah 200 dah dapat.