Sangkar burung merbuk ukir merah RARE (Thailand)

List-ID: 11589340027 Sep 18:25
Carousel Image Selected
  • Carousel Image
  • Carousel Image
  • Carousel Image
  • Carousel Image
  • Carousel Image
  • Carousel Image
  • Description

  • Specification

  • 33) Jenis: Sangkar burung merbuk merah
    STATUS: TERPAKAI
    diameter tapak: 39cm
    tinggi: 81cm
    jenis bahan: buluh duri, rotan sega, kayu sodam & logam
    tahun pembuatan: tidak diketahui
    Asal: Selatan Thailand (Pattani)

    Keterangan: Ini ialah sangkar burung merbuk yang dilarik dan hujung cangkuk berukir buatan tangan dengan motif ayam jantan. Ia merupakan satu-satunya koleksi LAMA dan NADIR seumpamanya yang masih dalam simpanan. Ia dibuat kemas dan teliti oleh tukang sangkar merbuk tersohor dari wilayah Selatan Thailand (Pattani) yang terkenal dalam pembuatan sangkar burung merbuk yang halus seni pembuatannya sejak berdekad lampau dan mendapat sentuhan pengaruh seni ukiran empayar Langkasuka. Pada bahagian panel tepi bawah, diukir dengan tangan motif flora tebuk timbul dan tebuk tembus mengelilingi sangkar yang menyerlahkan keunikan dan keindahan sangkar.

    Sangkar ini didatangkan bersama anting-anting kristal yang berkilauan. Pada labu bahagian atas sangkar, kayu anggar dalam dan tiang anggar dan cawan ditanam dan dihiasi dengan motif flora dari kulit tiram laut bermotif abstrak. Kain penutup sangkar berwarna merah menggunakan motif flora manakala pada sebahagian bilah sangkar diukir halus motif bunga. Cawan minuman dan makanan burung di dalam sangkar menggunakan cawan seramik motif flora dari kerjatangan seni halus pelukis di negara Gajah Putih berkenaan.

    Sangkar ini pernah digunakan ketika pertandingan seni suara merbuk di sekitar Thailand suatu masa dahulu. Ia merupakan hasil kerjatangan teliti pembuatnya dan cukup jarang sangkar seumpamanya dibuat pada hari ini. Ia sangat disyorkan untuk peminat seni kraftangan Nusantara, pengumpul barangan antik, peminat burung merbuk, bahan koleksi di restoran & muzium. Anda tidak akan dapat melihat hasil seni indah ini lagi jika ia hilang ditelan zaman !!


    +++++++++++++++++++++++++++++++++++++
    Untuk pertanyaan/maklumat lanjut:
    +++++++++++++++++++++++++++++++++++++

    NOTA: Sila gantikan [AT] dengan @ jika anda hendak menghantar email,ini cuma
    salah 1 cara untuk mengelakkan spam bot.

    TERMA & SYARAT:
    Untuk terma & syarat sila rujuk:


    PEMBAYARAN:
    pembayaran melalui pindahan MAYBANK2U, wang pos, deposit tunai, PAYPAL (kad kredit/debit dan sebagainya), Western Union (luar Malaysia). Penghantaran menggunakan kurier ekspres ke seluruh dunia !
mudah_safety_tip

Mudah Safety Tip

Never reveal any financial information before making or accepting a purchase. Find out more safety tips in MudahSafety!

Do you find this ad suspicious or inappropriate?
Report this ad (List-ID: 115893400)
Is this your ad? Manage it using these links.
Price
RM 8,630
Location
Kuala Lumpur - Bukit Jalil
Condition
Second-hand (Used)
Company
Joined since: Apr 2013
Share this ad