34) Jenis: Sangkar burung merbuk "TAJONG"
STATUS: TERPAKAI
diameter tapak: 40cm
tinggi: 81cm
jenis bahan: buluh duri, rotan sega, kayu sodam & gading 🐘
tahun pembuatan: tidak diketahui
Asal: Selatan Thailand (Pattani)
Keterangan: Ini ialah sangkar burung merbuk dengan tema "KERIS TAJONG" (lambang keagungan kerajaan silam Langkasuka) dan hujung cangkuk dan labu daripada kayu berukir buatan tangan dengan motif BURUNG PEKAKA, keris Tajong -- kepala dewa berparuh. Ia merupakan satu-satunya koleksi LAMA dan NADIR seumpamanya yang masih dalam simpanan. Ia dibuat kemas dan teliti oleh tukang sangkar merbuk tersohor dari wilayah Selatan Thailand (Pattani) yang terkenal dalam pembuatan sangkar burung merbuk yang halus seni pembuatannya sejak berdekad lampau dan mendapat sentuhan pengaruh seni ukiran empayar silam kerajaan Langkasuka. Pada bahagian panel tepi bawah, diukir dengan tangan motif flora tebuk timbul dan tebuk tembus mengelilingi sangkar yang menyerlahkan keunikan dan keindahan sangkar.
Sangkar ini didatangkan bersama anting-anting kristal berwarna hijau yang berkilauan. Pada labu bahagian atas sangkar, kayu anggar dalam dan tiang anggar dan cawan ditanam dan dihiasi dengan gading 🐘 bersama motif flora. Kain penutup sangkar berwarna hijau menggunakan motif flora manakala pada sebahagian bilah sangkar diukir halus motif bunga berselang tiga. Pemegang cawan pada kiri dan kanan anggar diperbuat dari kayu berukir motif flora dan dihiasi gading 🐘. Cawan minuman dan makanan burung di dalam sangkar menggunakan cawan diperbuat dari kayu dengan motif flora dari kerjatangan seni halus tukang sangkar di negara Gajah Putih berkenaan --- sesuatu yang NADIR dan jarang pada sebuah sangkar
Sangkar ini pernah digunakan ketika pertandingan seni suara merbuk di sekitar Thailand suatu masa dahulu. Ia merupakan hasil kerjatangan teliti pembuatnya dan cukup jarang sangkar seumpamanya dibuat pada hari ini. Ia sangat disyorkan untuk peminat seni kraftangan Nusantara, pengumpul barangan antik, peminat burung merbuk, bahan koleksi di restoran & muzium. Ia seumpama satu dalam sejuta dan mungkin tiada lagi di masa mendatang ! Ketika hati dipenuhi cahaya, tiada tempat yang tersisa bagi kebejatan.
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Untuk pertanyaan/maklumat lanjut:
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++
NOTA: Sila gantikan [AT] dengan @ jika anda hendak menghantar email,ini cuma
salah 1 cara untuk mengelakkan spam bot.
TERMA & SYARAT:
Untuk terma & syarat sila rujuk:
PEMBAYARAN:
pembayaran melalui pindahan MAYBANK2U, wang pos, deposit tunai, PAYPAL (kad kredit/debit dan sebagainya), Western Union (luar Malaysia). Penghantaran menggunakan kurier ekspres ke seluruh dunia !