Hi semua 🤍
Saya nak minta tolong sikit. Kalau ada sesiapa yang ada skincare atau makeup yang dah tak sesuai, dah tak guna, atau tinggal sikit tapi masih elok, boleh tak hadiahkan dekat saya?
Saya baru nak serius buat content affiliate dan perlukan produk untuk review serta hasilkan video. Tak kisah jenama apa pun, asalkan masih selamat dan sesuai untuk dijadikan content.
Kalau ada yang sudi berkongsi, saya memang sangat hargai bantuan tu. Terima kasih banyak-banyak kepada sesiapa yang sudi membantu. Semoga segala kebaikan anda dibalas dengan rezeki yang berlipat ganda. ❤️