Untuk dilepaskan kepada pengumpul barangan antik dan peminat hiasan vintaj. Satu set lengkap anak batu timbang berjenama Avery buatan England asli dalam unit Imperial (paun/auns).
Kondisi barang masih dalam keadaan asal yang sangat klasik, tulisan timbul yang jelas, dan mempunyai nilai estetika yang tinggi untuk dijadikan hiasan kafe, rumah, atau koleksi peribadi.
Pakej termasuk:
Anak Batu Timbang Avery (Kiri): 4 lb, 2 lb, 1 lb, 8 oz, 4 oz, dan saiz-saiz kecil yang lain.
Mangkuk/Dulang Penimbang (Kanan): 2 unit mangkuk besi asal berwarna gelap.
Kondisi: Barangan lama/terpakai (used/vintage). Ada kesan penuaan semulajadi yang menaikkan lagi seri antik barang ini. Dijual seadanya seumpama dalam gambar.
Harga: RM 3,000.00 nego
Cara Urusan:
COD di area Puncak Jalil
Pos boleh diuruskan (kos pos ditanggung oleh pembeli kerana barang agak berat)