Satu barangan kraf oriental vintaj koleksi warisan peribadi untuk dilepaskan. Kotak ini bukan sekadar barang hiasan moden atau replika murah, tetapi sebuah barangan kraf tangan tulen yang mempunyai nilai sejarah dan estetika tersendiri.
Sejarah Pembuatan & Bukti Ketulenan:
Diproses & Diukir (1970-an – 1980-an): Motif bunga krisan dan corak geometri tepi (Key Pattern) dibuat menggunakan teknik gorean/ukiran halus tulen pada lapisan lacquer (Qiangjin / Incised Lacquer). Ini merupakan seni kraf tradisional pertengahan abad ke-20 yang dihasilkan khas untuk pasaran eksport bernilai tinggi.
Tag Harga Asal ¥16,000 Yen (Circa Late 1980-an – 1990-an): Di bahagian tapak masih melekat tag kertas berkain jalinan mekanikal klasik bertulis ¥16000. Ini bukti kukuh ia dijual di kedai kraf/antik Jepun pada era 80-an pada nilai sekitar RM350 – RM400 waktu itu (bersamaan nilai kuasa membeli RM800 – RM1,000+ mengikut mata wang hari ini).
Kenapa condition Kotak Seperti Ini?
Patina Semula Jadi & Faktor Usia (40+ Tahun) Memandangkan kotak ini telah berusia puluhan tahun, terdapat kesan haus semula jadi (wear & tear), chipping (lapisan lacquer terluak) di bucu penutup, serta permukaan kayu yang terkupas di bahagian dalam.
Kesan haus ini adalah "patina usia" semula jadi bagi barangan lacquerware lama dan mengekalkan keasliannya tanpa pernah di-alter atau dicat semula secara tiruan.